SHAH ALAM, 4 JAN: Orang ramai masih dibenar menggunakan kupon parkir bergores di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT)
negeri ini sehingga hujung Mac.
Keputusan melanjutkan kaedah yang sepatutnya berakhir semalam membolehkan masyarakat menghabiskan kupon sedia ada, kata
EXCO kerajaan tempatan.
“Mungkin sebelum ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai individu duduk di rumah dan kurang menggunakan
kupon itu, justeru saya menyeru segera habiskan sebelum 31 Mac.
“Mereka juga perlu bersedia untuk beralih ke arah sistem parkir digital dengan memuat turun aplikasi Smart Selangor Parking (SSP),”
kata Ng sze Han ketika dihubungi.
Beliau yakin semua pihak boleh menerima sistem berkenaan yang lebih mudah dan cepat, yang dimuat turun sekitar 1.7 juta pengguna
setakat ini.
Kerajaan Selangor memansuhkan penggunaan kupon parkir kertas gores dan menguatkuasakan e-kupon melalui aplikasi SSP, yang boleh
dimuat turun di App Store atau Google Play Store.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 1-700-81-9612, atau e-mel sspsupport@ssdu.com.my.
Sumber : https://selangorkini.my/
Kemaskini pada 2022-01-10 12:06:25 daripada FARAH