SHAH ALAM, 4 JAN: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan semua pihak berwaspada dengan jangkitan
Covid-19 meskipun beralih ke tahun baharu.
“Melangkah ke tahun 2022, kita harus sentiasa waspada dengan virus Covid-19. Amalkan TRIIS (test (periksa) – report (lapor) –
isolate (asing) – inform (maklum) – seek (rawat).
“Sentiasa patuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang ditetapkan. Bersama-sama kita menghalang perebakan virus Covid-19,” katanya
di Facebook.
Beliau turut berkongsi infografik panduan amalan TRIIS:
Kemaskini pada 2022-01-10 12:18:12 daripada FARAH