tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Banjir: Lebih 6,000 isi rumah di Petaling terima bantuan RM1,000

 

                                                SHAH ALAM, 6 JAN: Lebih 6,000 isi rumah di daerah Petaling yang terjejas dalam bencana banjir 18 Disember lalu menerima

                                                Bantuan Selangor Bangkit (BSB) berjumlah RM1,000 setakat hari ini.

 

                                                Pegawai Daerah Petaling Dato’ Johary Anuar berkata setakat semalam seramai 5,487 penerima mendapat inisiatif berkenaan dan

                                                hari ini bantuan disasar disampaikan kepada 1,400 isi rumah antaranya dari Kampung Seri Aman dan Kampung Tengah.

 

                                                Tambahnya, pihaknya juga sudah mengagihkan bantuan itu kepada 85 peratus penerima di Shah Alam yang bakinya akan disegerakan.

 

                                                “Saya boleh katakan setakat ini pengagihan berjalan lancar, kita sedia 60 pegawai yang bertugas memasukkan data pemohon di pusat

                                                sehenti di Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling bagi mengelakkan permohonan bertindih.

 

                                                “Pegawai kami akan menghubungi permohonan diluluskan, bantuan boleh diambil di pusat pengagihan berhampiran tempat tinggal pada

                                                waktu ditetapkan,” katanya di sini, hari ini.

 

                                                Johary turut menganggarkan sekitar 12,000 hingga 15,000 penerima BSB di Petaling.

 

                                                Pada 21 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM100 juta bagi permulaan program BSB susulan banjir di beberapa

                                                daerah pada 18 Disember.

 

                                                Selain pemulihan prasarana, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah

                                                bagi membaik pulih semula kediaman.

 

                                                Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berwarta,

                                                swasta serta mereka yang kekal di rumah.

 

Sumber : https://selangorkini.my/

Bantuan diagih mulai 28 Disember dan dijangka selesai hujung bulan ini.


Kemaskini pada 2022-01-10 12:26:51 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini945
Minggu IniMinggu Ini3083
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246746
qrcode
Visitor count : 2246747 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24