tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Jelajah JobCare tawar ribuan peluang kerja, mula Sabtu di Klang

 

                                                SHAH ALAM, 23 FEB: Hampir 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Selangor melalui Jelajah JobCare di sembilan

                                                daerah di negeri ini mulai 26 Februari.

 

                                                Inisiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sehingga 25 Jun disertai

                                                15 syarikat tempatan pelbagai sektor.

 

                                                Ketua Penyelaras UPPS Vijayan Subramaniam berkata program itu bagi membantu golongan berkemahiran rendah, sederhana dan

                                                tinggi yang hilang pendapatan akibat Covid-19.

 


                                                Ketua Penyelaras Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) Vijayan Subramaniam bercakap pada sidang media Jelajah JobCare

                                                di ibu pejabat UPPS, Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15, Shah Alam pada 23 Februari 2022. 

 

                                                “Kita mengalu-alukan kedatangan warga Selangor untuk menggunakan peluang keemasan ini selain mendapat bimbingan berkaitan

                                                bantuan disediakan Perkeso,” katanya.

 

                                                 Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, beliau turut berharap usaha tersebut mampu mengurangkan kadar pengangguran

                                                di Selangor ketika ini.

 

                                                “Hasrat kami adalah untuk menangani isu pekerja di Selangor sesuai dengan penubuhan UPPS hasil usaha EXCO Pemberdayaan

                                                dan Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau,” kata Vijayan.

 

                                                Individu berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uppselangor.wixsite.com/my-site.

 

Berikut tarikh dan lokasi Jelajah JobCare:

1. Klang – Dewan Hamzah (26 Februari)
2. Hulu Selangor – Dewan Seri Garing, Rawang (12 Mac)
3. Petaling – Dewan Serbaguna Camelia, Seksyen 10, Putra Height (26 Mac)
4. Kuala Selangor – Dewan Dato’ Penggawa (26-27 Mac)
5. Petaling – Dewan Serbaguna Camelia Seksyen 10, Putra Height (3-4 April)
6. Sepang – Dewan Taman Gemilang, Dengkil (14 Mei)
7. Hulu Langat – Dewan Demesne (21 Mei)
8. Gombak – Dewan Taman Gombak (4 Jun)
9. Kuala Langat – Dewan Sri Jugra (18 Jun)
10. Sabak Bernam – Dewan Sri Bernam (25 Jun)

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2022-02-28 10:29:30 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini868
Minggu IniMinggu Ini4991
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243102
qrcode
Visitor count : 2243103 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24