tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Badminton Asia: Hari pertama kejohanan jalan lancar, ikut SOP ketat

 

                                                SHAH ALAM, 15 FEB: Hari pertama Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City dekat    

                                                sini berjalan lancar mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ketat.

 

                                                EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman berkata kehadiran penonton menggalakkan selain menjangka lebih ramai pada hari berikutnya.

 

                                                Beliau memaklumkan kira-kira 200 tiket percuma ditempah secara dalam talian sehari sebelum kejohanan berlangsung, sekali gus

                                                membuktikan rakyat Selangor menanti penganjuran itu.

 


                                                “Perjalanan kejohanan sangat memuaskan walaupun dalam keadaan mengawal SOP. Malah, cara kita anjurkan acara ini juga mencapai

                                                piawaian dunia,” katanya kepada Selangorkini.

 

                                                Pada masa sama, Mohd Khairuddin meminta Konfederasi Badminton Asia (BAC) mempertimbangkan permohonan supaya lebih ramai

                                                penonton dibenarkan masuk menyaksikan kejohanan tersebut.

 

                                                “Kapasiti tempat ini mampu memuatkan sehingga 1,500 orang tetapi KKM (Kementerian Kesihatan Malaysi) dan BAC hanya benarkan

                                                beberapa peratus sahaja masuk. Jadi, kita akan kaji perkara ini.

 

                                                “Diharap pada hari seterusnya mereka pertimbangkan permohonan ini. Buat masa ini, kita minta penonton bersabar kerana susunan

                                                kejohanan adalah di peringkat asia dan luar daripada kuasa penganjur,” katanya.

 

                                                Buat julung kalinya, Selangor menjadi tuan rumah BATC 2022 dari 15 hingga 20 Februari yang diselaraskan Majlis Sukan Negeri

                                                Selangor dengan kerjasama Badminton Asia dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2022-02-28 10:48:52 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini824
Minggu IniMinggu Ini3910
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247455
qrcode
Visitor count : 2247456 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24