tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Jelajah saringan kesihatan percuma 56 DUN mula Mac depan

 

                                                PETALING JAYA, 13 FEB: Program Saringan Kesihatan Percuma (Saring Selangor) anjuran Kerajaan Negeri menjelajah ke 56

                                                Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Mac depan.

 

                                                EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata program pemeriksaan kesihatan percuma itu memfokuskan saringan penyakit

                                                tidak berjangkit (NCD) dalam kalangan penduduk.

 

                                                Jelas beliau, inisiatif itu membolehkan orang ramai mengesan penyakit pada peringkat lebih awal.

 

                                                “Terdapat empat jenis saringan yang akan dilakukan di peringkat komuniti iaitu mammogram, serviks, kolorektal dan prostat. Ujian

                                                 semua penyakit ini boleh dijalankan di lapangan bagi mendapatkan sampel.

 

                                                “Sekiranya mereka dijangkiti kita boleh mengambil langkah peringkat awal untuk mencegahnya berbanding rawatan. Ini salah satu

                                                usaha Kerajaan Negeri mengambil berat tentang kesihatan awam,” katanya.

 

                                                Beliau ditemui pada Program PCR Ujian Virus Papiloma Manusia (HPV)Percuma Untuk Saringan Kanser Pangkal Rahim di Dewan

                                                Komuniti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Damansara Damai hari ini.

 

                                                Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan belanjawan negeri yang pada 26 November tahun lalu      

                                                menyediakan dana bagi tiga skim rawatan iaitu jantung, tibi dan Slim Selangor bagi mengatasi obesiti berjumlah RM6.1 juta.'

 

                                                Sebanyak RM5 juta pula diperuntuk untuk pencegahan dan kawalan denggi dengan meneroka teknologi baharu seperti dron bagi mengesan

                                                lokasi wabak selain membangunkan aplikasi.

 

                                                Kerajaan Negeri juga memperuntuk RM1 juta untuk rakyat Selangor menjalani saringan mammogram, serviks, kolorektal dan prostat.

 

Sumber : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2022-02-28 10:53:57 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini292
Minggu IniMinggu Ini3378
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246971
qrcode
Visitor count : 2246972 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 24