tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Beg tangan kitar semula cipta rekod dunia


SUBANG, 4 SEP: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menyampaikan Sijil Guiness World Record kepada Mostwell Sdn Bhd dengan kerjasama Puspanita MPSJ melalui pembuatan beg tangan terbesar di dunia.

Pengarah Perancangan Korporat MPSJ, Hamizun Mohd Basar, berkata pembuatan beg ‘Holdall’ yang berasaskan barangan kitar semula itu membantu mengurangkan iklan haram.
holdall 2

“Mostwell menyediakan 20 mesin jahit bagi menyiapkan beg secara berperingkat. Antara bahan yang digunakan adalah poster  dan kain rentang terpakai.

“Menariknya, Mostwell juga menghasilkan pelbagai bahan kreatif yang boleh dijadikan cenderamata dengan menggunakan bahan kitar semula,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Guiness World Record di The Place @ One City, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Yang Dipertuan MPSJ, Abdullah Marjunid dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk H.Harjeet Singh.


image


Beg berukuran 25 kaki panjang, 17 kaki 10 inci tinggi dan 9 kaki 11 inci lebar itu mendapat pengiktirafan Guiness World Record, pada 29 Mei lalu.

Pengasas Mostwell, Folly Chye Geot Lee, berkata pembuatan beg mengambil masa enam bulan membabitkan kos RM16 ribu yang disertai 1492 ahli Puspanita MPSJ, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

“Untuk program akan datang, kami dalam usaha memecah rekod menghasilkan sofa terpanjang di dunia menggunakan seluar jeans terpakai yang akan dihasilkan banduan di penjara,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2016-05-17 17:11:34 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini68
Minggu IniMinggu Ini4057
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247559
qrcode
Visitor count : 2247560 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24