Polisi E-Penyertaan
Pejabat Daerah Dan Tanah Petaling amat mengalu-alukan penyertaan anda dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan.
Untuk memastikan ruangan E-Penyertaan ini kekal sebagai platform yang produktif, beretika dan selamat untuk semua pengguna, pihak pentadbir telah menetapkan garis panduan berikut yang perlu dipatuhi oleh semua peserta.
Garis Panduan E-Penyertaan
- Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
- Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
- Kekalkan budaya berbudi bahasa rakyat Malaysia dengan mengelakkan dari menggunakan bahasa kesat.
- Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
- Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
- Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
- DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang surat berantai, E-mel sampah (junk E-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
- Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus "Trojan Horses", "worms", "time bombs", "cancel boots" atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
- Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
- Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
- Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan E-Penyertaan.
Nota Penting
Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis. Pengguna adalah bertanggungjawab untuk sentiasa merujuk kepada polisi terkini sebelum membuat sebarang penyertaan.









