SHAH ALAM, 13 SEP: Selangor memulakan kempen Piala Malaysia dengan kekalahan mengejut 0-3 di Stadium Shah Alam semalam.
Turun selaku tuan rumah, pasukan kendalian Mehmet Durakovic tersentak dengan gol awal Kelantan seawal minit ke-26 menerusi Gilmar Da Silva.

The Red Giants cuba mengasak dan bertahan namun keutusan 0-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung pada babak kedua Selangor yang cuba bangkit sekali lagi dibolosi buat kali kedua pada minit ke-49 menerusi Austin Amutu.
Empat minit kemudian, Kelantan memadam sisa kebangkitan Selangor dengan jaringan ketiga sekali lagi hasil jaringan Gilmar Da Silva.
Turut mencatat kemenangan, pasukan Felda United selepas menewaskan T-Team 3-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Dengan keputusan itu Felda United mendahului Kumpulan B dengan tiga mata.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor
Kemaskini pada 2016-05-17 17:11:42 daripada PPTM_ICT