tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

 "TERBAIK DARI KAMI" 

Rumah Selangorku


1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon rumah ?

Syarat kelayakan untuk memohon rumah adalah seperti berikut:

    imageWarganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
    imagePendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ditetapkan RM3001.00 sebulan;
    imagePendapatan maksimum isi rumah adalah RM8,000.00 sebulan;
    imagePemohon (suami/isteri) tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
    imagePemohon bujang yang mempunyai tanggungan keluarga boleh memohon; dan
    imagePembelian rumah untuk didiami dan bukan untuk disewa.
    imagePemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, atau D semasa membuat permohonan
    imageTempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih MENUNGGU TAWARAN akan
        dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon RUMAH SELANGORKU



2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan rumah ?

Pemohon boleh mendaftar secara ‘online’ atau muat turun borang permohonan di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my


3. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan rumah ?

Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa menghantar borang permohonan:

    imageSalinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
    imageSalinan kad pengenalan atau sijil kelahiran anak-anak/tanggungan;
    imageSalinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
    imagePengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin;
    imagePenyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
    imageSurat akuan bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
    imagePenyata KWSP (jika ada); dan
    imageSalinan bil air atau bil elektrik.

4. Berapakah harga rumah ?

Harga rumah adalah tidak melebihi RM250,000.00 seunit bergantung kepada jenis, keluasan, lokasi dan kemudahan-kemudahan tambahan yang disediakan.


5. Berapakah keluasan rumah ?

Keluasan rumah adalah diantara 750 kaki persegi(kp) hingga 1000 kaki persegi(kp) bergantung kepada jenis rumah.


6. Dimanakah lokasi rumah yang boleh dipohon?

Pemohon boleh menyemak senarai projek rumah yang boleh dipohon di laman web LPHS http://lphs.selangor.gov.my
 


Kemaskini pada 2016-11-10 17:31:33 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page