Bagi meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor: Hasil Negeri Untuk Rakyat, mulai dari Januari 2013, disediakan program khusus untuk belia yang berkahwin.
Pada permulaan insentifnya RM200 sahaja kemudian akan dinaikkan menjadi RM500.
PENYALURAN INSENTIF:
1. ISLAM : Disalurkan melalui akaun Tabung Haji
2. BUKAN ISLAM : Disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.
SYARAT MEMPEROLEH INSENTIF:
1. Terbuka kepada semua kaum
2. Tiada sebarang had pendapatan.
3. Lahir di Negeri Selangor atau telah bermastautin di Negeri Selangor selama 10 tahun (perlu pengesahan ADUN/Penghulu/Pengerusi JKKK/Pengerusi Taman)
4. Pemohon Islam: Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan agama Islam Selangor atau mana-mana Jabatan Islam Negeri.
5. Pemohon Bukan Islam: Sijil Pendaftaran Perkahwinan didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara di semua cawangan Selangor atau Jabatan Pendaftaran Negara di setiap negeri.
6. Perkahwinan kali pertama sahaja.
7. Pengantin lelaki atau perempuan tidak melebihi usia 35 tahun semasa tarikh bernikah atau pendaftaran.
8. Permohonan hanya terbuka kepada perkahwinan / pernikahan / berdaftar pada atau selepas 1 Januari 2013.
9. Sah laku permohonan adalah sehingga 3 bulan selepas tarikh bernikah (bagi pasangan Islam) atau berdaftar (bagi pasangan bukan Islam)
DOKUMEN DIPERLUKAN
Borang permohonan mestilah disertakan dengan:
1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
2. Sijil Nikah pemohon beragama Islam ATAU
3. Sijil Pendaftaran Perkahwinan pemohon bukan Islam.
4. Salinan muka depan buku simpanan Tabung Haji bagi pemohon beragama Islam.
DI MANA MEMOHON
1. Sila hubungi Pusat Khidmat DUN berhampiran ATAU
Seksyen Sektoral
Unit Perancang Ekonomi Negeri,
Tingkat 5, Bangunan SSAAS,
40503, Shah Alam
Tel : 03-5544 7920/7921
http://i-kahwin.selangor.gov.my | Muat Turun Flyers
Sumber: http://mes.selangor.gov.my
Kemaskini pada 2016-05-18 10:05:16 daripada PPTM_ICT