tw

fb

Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
petaling_bg.jpeg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

Skim Mikrokredit Selangor


Bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Negeri Selangor, disediakan Skim Mikrokredit Selangor (Skimsel). Skim yang ditubuhkan pada bulan 8 Julai 2010 bermatlamat membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Skim ini dikendalikan oleh Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Skim ini berbentuk pinjaman kewangan maksimum RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan. Skimsel tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.


Syarat-syarat Kelayakan:

1. Golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah khasnya di luar bandar.
2. Berpendapatan di bawah RM 1,500.00 sebulan atau pendapatan perkapita di bawah RM 350.00.
3. Memiliki aset tidak melebihi RM 50,000.00.
4. Taraf Pemastautin melebihi 2 tahun.
5. Warganegara Malaysia.


Syarat-syarat Pembiayaan:

1. Tanpa cagaran dan penjamin.
2. Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli (tiada tali persaudaraan yang rapat) dan menjalani latihan wajib 3 hari.
3. Bersetuju menubuhkan pusat.
4. Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu.
5. Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.
6. Bersetuju menyumbangkan Deposit Sekuriti 3 Minggu bayar balik ke dalam Tabung Kumpulan.
7. Bersetuju menabung dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM 5.00 seminggu.
8. Bayar balik secara mingguan.
9. Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH).
10. Caj pembiayaan 8% setahun.



Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-5519 1692/ 03-5521 2312
Fax : 03-5510 5829

Muat turun Brosur Skim Mikrokredit Selangor: Klik di sini


Kemaskini pada 2016-05-18 10:05:47 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page