tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

TUNAS dan TAWAS buat ibu tenang


KUALA LANGAT, 14 NOV: Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) dilihat sebagai antara penyelamat kos sara hidup semakin menekan hari ini.

Bergelar guru, Noor Shaliza Muhammad Shawal, 33, berkata dengan bantuan RM50 sebulan diterima anaknya itu, beliau dan keluarga dapat berjimat.

“Jadi kalau setahun, jumlah itu banyak juga dan boleh dimanfaatkan ke tempat lain seperti persiapan anak masuk sekolah kebangsaan.

“RM50 sebulan amat bermakna dan besar nilainya, lebih-lebih lagi untuk orang seperti kami yang berpendapatan sederhana,” kata ibu anak lima kepada Selangor Kini.

Shaliza dari Kanchong Darat ditemui selepas pendaftaran Skim TUNAS untuk anaknya yang akan memasuki pra sekolah pada tahun hadapan.

Bertempat di Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang, lebih 1,000 ibu bapa hadir bagi mendengar taklimat dan melakukan pendaftaran TUNAS.

Sementara itu, Norjiani Rahmat, 35, berharap promosi TUNAS dapat diperluas untuk manfaat lebih ramai rakyat.

“Saya dapat tahu pun daripada tadika, jika tidak saya pun mungkin terlepas bantuan bermakna seperti ini.

“Jadi, mungkin Kerajaan Negeri perlu menggunakan media dengan lebih meluas untuk tujuan promosi,” kata penjawat awam beranak empat itu.

Selain mendaftar bantuan TUNAS, anaknya yang bongsu turut mendapat manfaat Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Skim TUNAS memperuntukkan RM50 setiap bulan dalam bentuk yuran kepada anak yang layak serta belajar di tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

TAWAS pula adalah hadiah tabung simpanan berjumlah RM100 kepada anak Selangor yang baru lahir dan pada usia 18 tahun, mereka akan menerima RM1,500 hasil pelaburan.



http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2016-05-17 16:49:53 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini545
Minggu IniMinggu Ini2911
Bulan LepasBulan Lepas25210
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2352977
qrcode
Visitor count : 2352978 Tarikh Kemaskini : 19 - 09 - 24