tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Rasullullah contoh terbaik pelindung wanita


   SHAH ALAM, 25 DIS: Wanita harus berdaya saing bagi mengangkat diri ke tahap yang dikehendaki bagi memastikan kehidupan bebas dari sebarang bentuk
   diskriminasi, ketidakadilan, korupsi, birokrasi yang sengaja membebankan.


   Pengasas Pertubuhan Inisiatif Pemberdayaan Wanita, Rodziah Ismail, berkata hal itu kerana ia akan mewujudkan kesejahteraan di kalangan rakyat.

 

 


image
 


   Katanya, bagi merealisasikannya, reformasi dalam sistem mahkamah syariah dan sivil, bidang keusahawanan, politik dan proses pembuatan keputusan di
   semua peringkat dan bidang pentadbiran menjadi suatu kewajaran.


   “Wanita perlu memahami bahawa untuk kesemua harapan dan idealisme mereka menjadi kenyataan, mereka semestinya bertindak bijak dalam semua pilihan
    raya umum dan negeri dengan mengenali bakal pemimpin dan membuat pilihan mereka dengan tepat.


   “Amat malang sekali jika pemimpin yang dipilih itu tidak bersungguh dan tidak memahami tentang isu-isu berkaitan wanita dan meningkatkan kehidupan wanita,”
    katanya dalam kenyataan media sempena sambutan Maulidur Rasul.


   Rodziah berkata hasil daripada sistem kehidupan sedia ada masih berlaku keganasan terhadap wanita, diskriminasi dalam bidang pekerjaan, proses yang
   birokratik dan menyusahkan wanita untuk menuntut hak asasi.


   “Juga penanggungan kos saraan hidup yang tinggi, berlarutan status yang tidak pasti iaitu berkahwin tetapi ditinggalkan oleh suami tanpa nafkah atau perceraian
    rasmi dan penanggungan sendirian perbelanjaan keperluan keluarga.


   “Tanpa mengira agama, latar belakang, etnik dan golongan, ia mencelikkan imbasan kepada sejarah Rasulullah SAW yang penuh dengan pengisian dasar,
    perancangan dan perincian terhadap agenda dan pelan tindakan untuk melindungi wanita,” katanya.


   Beliau berkata ucapan, jawapan di Dewan Negeri dan Dewan Rakyat oleh pemimpin ketika ini serta dokumentasi yang berjela-jela sudah tidak lagi mempunyai
   nilai dan makna sebagai respon kepada persoalan-persoalan itu.


   “Oleh itu, wanita pilihlah pemimpin yang membuktikan segala ucapan dan janji-janji mereka.

   “Rasullah SAW adalah contoh terbaik dalam melindungi wanita sama ada dalam ucapan mahupun tindakan baginda,” katanya.

   Tahun 2015M menyaksikan Maulidur Rasul disambut dua kali, 3 Januari[1436H] dan 24 Disember[1437H] dengan tema yang sama –
   “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.



  http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:39:29 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini501
Minggu IniMinggu Ini4071
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2231122
qrcode
Visitor count : 2231123 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24