tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MPSJ tegas ambil tindakan premis gagal bersih longkang


   SUBANG JAYA, 26 DIS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan mula mengambil tindakan undang-undang dan peruntukan bagi pemilik dan penyewa
   premis yang gagal mematuhi kebersihan longkang di Jalan Kenari.


   Yang Dipertuanya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahalan, berkata MPSJ memberikan tempoh sehingga 31 Disember ini bagi mereka mematuhi syarat.

   Katanya, ia bertujuan untuk menjaga kebersihan di kawasan terbabit selain pengaliran air yang baik dan tidak tersumbat.

 

 

   “Melalui program ini para peniaga atau pemilik premis akan dipertanggungjawabkan untuk memastikan keadaan longkang sentiasa bersih.

   “Antara kesan apabila longkang tidak dijaga dengan sempurna adalah kotor, tersumbat, bau busuk, peningkatan wabak denggi, penyakit bawaan tikus,
    lipas dan lalat dan peningkatan kos penyelenggaraan longkang,” katanya dalam kenyataan.


   Nor Hisham berkata kempen terbabit dilaksakan selepas mengkaji punca utama permasalahan kawasan itu sebelum ini.

   “Antara punca yang dikenal pasti menjadi permasalahan itu ialah longkang bertutup atau premis ubahsuai tutup longkang sepenuhnya, binaan di atas longkang
    dan saluran air serta kabel utiliti di dalam longkang.


   “Selain itu, tiada perangkap minyak atau ‘Grease Trap’ serta aliran air terus ke longkang, saluran tambahan dari pembentung ke longkang dan membasuh serta
    meletak barang di atas longkang,” katanya.


   Sebelum ini, MPSJ mengadakan perbincangan / Lab yang merupakan salah satu program perintis yang dirancang melalui Program Rejuvenasi Longkang,
   Perparitan dan Saliran Bersepadu Jalan Kenari MPSJ.


   Lab ini merupakan langkah ‘Soft Approach’ yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah kesukaran kontraktor Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
   MPSJ untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan komersial Jalan Kenari.


   Objektif utama bagi sesi perbincangan / lab ini adalah untuk mendapatkan kerjasama dari pemilik, penyewa premis bagi mematuhi penyeragaman pemasangan
   penutup longkang dan untuk mendapatkan win-win situation antara MPSJ dan pemilik penyewa premis kawasan komersial, Jalan Kenari.



   http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor

 


Kemaskini pada 2016-05-18 10:04:36 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini1037
Minggu IniMinggu Ini2115
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245911
qrcode
Visitor count : 2245912 Tarikh Kemaskini : 23 - 04 - 24