tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Tabung amanah bantu kemajuan UNISEL


      SHAH ALAM, 6 JAN: Kewujudan Tabung Amanah Universiti Selangor (UNISEL) akan membantu perkembangan universiti selain meningkatkan tahap ekonominya.

      Mantan Presiden dan Naib Canselornya, Profesor Dr Anuar Ahmad, berkata tabung diusahakan sejak 2014 itu wajar diteruskan bagi membolehkan UNISEL terus
      melangkah maju.

     “Tabung Amanah ini berbentuk sumbangan wakaf di mana pihak berkemampuan boleh menyumbang untuk kemajuan pendidikan.

 

 


image
 


     “Harta dimiliki ada kalanya bukan untuk kita dan kita hanya diamanahkan menjaga, maka kita boleh salurkan untuk pendidikan supaya ia berterusan,” katanya dalam
      sidang media di sini, hari ini.

      Beliau berkata, penyaluran dana penting untuk perkembangan universiti seperti Universiti Suleyman Shah, Turki, yang tidak menghadapi masalah kewangan menubuhkan
      kompleks sendiri ekoran sumbangan USD600 juta daripada seorang hartawan.

      Katanya, persekitaran pembelajaran sesuai juga perlu diwujudkan di UNISEL bagi menimbulkan minat kakitangan mengajar dan berkongsi ilmu bersama pelajar.

     “Mereka (kakitangan) perlu melayan pelajar macam anak sendiri dan pelajar pula dahagakan ilmu. Jika kedua-dua ini ada, maka ia boleh dijayakan.

     “Bila saya melawat Universiti Leicester, United Kingdom, 39 peratus pelajarnya mencapai keputusan kelas pertama di mana sistem komputer dan kemudahan perpustakaan
      dibuka 24 jam,” katanya.

 

 

 



image


     Dr Anuar berkata, kejayaan dicipta Universiti Leicester sebagai universiti pilihan amat membanggakan dan boleh dicontohi UNISEL memandangkan ketika ini banyak universiti di
     UK menghadapi masalah hingga terpaksa ditutup atau bergabung dengan institusi pengajian lain.

     “Kalau boleh diwujudkan persekitaran pembelajaran sebegini dengan pelajar menunggu hendak datang ke universiti dan pensyarah menunggu untuk mengajar pelajar.

     “Dari situ kita boleh wujudkan satu universiti pilihan untuk pelajar,” katanya.

     Sebelum itu berlangung majlis serah tugas Presiden dan Naib Canselor UNISEL antara Dr Anuar dan Dr Mohammad Redzuan.


     http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:34:28 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini476
Minggu IniMinggu Ini5541
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243546
qrcode
Visitor count : 2243547 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24