SHAH ALAM, 2 JAN : Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Datuk Mohd Amin Ahya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri baru berkuatkuasa 4 Januari ini.
Pelantikan baru itu adalah bagi menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang bersara pilihan setelah berkhidmat selama lima tahun.

Kenyataan itu disahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada 31 Disember lalu.
“Beliau memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1989 dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, pengurusan ekonomi,
pembangunan serta pentadbiran tanah dan daerah.
“Saya berkeyakinan penuh pegawai yang dilantik akan berkhidmat dengan penuh integriti dan profesional dalam menerajui kepimpinan di pentadbiran SUK Selangor,” katanya.
Terdahulu, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan SUK baru akan dimaklumkan pada 4 Januari ini, manakala majlis angkat sumpah berlangsung
pada 11 Januari.
Mohd Amin, 54, adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara daripada Universiti Malaya.
Kemaskini pada 2016-05-17 16:33:56 daripada PPTM_ICT