SHAH ALAM, 13 JAN: Selangor mampu melahirkan generasi muda yang bukan sahaja hafaz dan mempraktikan isi kandungan
Al-Quran, malah turut mahir dalam ilmu sains dan teknologi seperti Ibnu Sina dan Abu Raihan Al-Biruni.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kedua tokoh yang hidup pada zaman kegemilangan tamadun Islam itu
selain terkenal dengan disiplin ilmu, mereka juga penghafaz Al-Quran.
“Sejarah membuktikan bahawa para ulama dan ilmuan muktabar seperti Ibnu Sina memulakan proses pendidikan dengan menghafaz
Al-Quran semasa berumur tujuh tahu dan mengakhiri kehidupannya dengan ilmu sains perubatan dan psikologi.

“Begitu juga kewibawaan Abu Raihan Al-Biruni, seorang ahli astronomi, algebra dan ahli perbandingan agama.
“Justeru kita yakin hafazan Al-Quran mampu melahirkan ulama dan ilmuan dalam pelbagai disiplin ilmu melalui pembinaan baru dua
Maahad Integrasi Sains dan Teknologi (MITS),”katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran peringkat Selangor di Dewan Jubli Perak, di sini, malam tadi.
Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri juga mahu rakyat Selangor kembali menghayati Al-Quran dengan kesedaran
Islam adalah agama yang mendorong kepada persaudaraan dan dakwah.
Katanya, ia bertepatan dengan tema majlis, ‘Umat Bermuafakat, Negeri Berkat.’
“Masyarakat Islam yang hidup dengan penghayatan Al-Quran dan disertai penguasaan ilmu sains dan teknologi mampu mengikis tanggapan
negatif terhadap imej Islam yang semakin tercemar sejak kebelakangan ini,” katanya.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/
Kemaskini pada 2016-05-17 15:31:27 daripada PPTM_ICT