tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Pencarian bakat baru Cub Prix bermula


          SHAH ALAM 8 JAN: Pendaftaran bagi sesi pemilihan pelumba untuk kategori Perlumbaan Kategori Satu Pengeluar (OMR) Kejuaraan
          Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi
musim 2016 kini dibuka.

          Sama seperti musim lepas, perlumbaan dianjurkan bersama-sama pengeluar, Boon Siew Honda Sdn Bhd dan Hong Leong Yamaha Motor
          Malaysia SdnBhd ini terus memainkan
peranan penting dalam melahirkan pelumba berbakat khususnya di peringkat remaja.

 

 


image

 

          Antara bakat yang lahir dari program ini termasuk dua pelumba di bawah Program Pembangunan Bakat Pelumba PETRONAS ketika ini,
          Hafizh Syahrin Abdullah (Moto2)
dan Mohd Ramdan Mohd Rosli (Moto3) yang memulakan karier dalam siri perlumbaan Yamaha.

          Manakala Mohd Zulfahmi Khairuddin memulakan karier di dalam siri perlumbaan Junior GP pada 2007.

          Turut mengikut jejak langkah serupa ialah pelumba berusia 18 tahun, Khairul Idham Pawi yang bakal beraksi dalam saingan Moto3 Kejuaraan
          Grand Prix Dunia.


          Khairul mempamer aksi cemerlang meraih tiga podium dalam saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia CEV Sepanyol musim lepas selepas
          menjuarai dua kelas perlumbaan,
Wira dan Asia Dream Cup (ADC) pada musim 2014.

          “Remaja berminat dan berbakat seharusnya tidak melepaskan peluang mendaftarkan nama. Tempat disediakan terhad.

          Jadi kepada pelumba yang namanya terpilih oleh Honda dan Yamaha nanti perlu memberi sepenuh tumpuan mengasah dan mempamerkan
          bakat mereka dalam perlumbaan yang
kompetitif ini,” jelas Pengarah Promosi Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM), Ron Hogg.

          Tambahnya, dengan adanya siri perlumbaan satu pengeluar ini, ia sebenarnya dapat meringankan beban bagi pelumba yang kurang berkemampuan
          apabila pihak pengeluar
menyediakan jentera, peralatan perlumbaan dan juga persediaan teknikal.

          “Malah, apa yang penting juga di sinilah juga pasukan profesional tempatan mengesan dan menilai pelumba berpotensi untuk mewakili mereka pada
           masa depan bagi menggantikan
pelumba senior pada hari ini,” katanya.

          Pendaftaran dibuka kepada pelumba berumur 13 hingga 25 tahun. Mereka yang berminat boleh hubungi pihak SAM di talian 03-87338787 bermula hari ini,
          7 Januari dari 10 pagi
hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.

          Atau membuat pendaftaran melalui emel ke daftar1make@twmr.com.my. Maklumat lanjut boleh didapati di laman facebook Malaysian Cub Prix.

          Tarikh tutup pendaftaran pada 5 Februari.


          http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:31:35 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini711
Minggu IniMinggu Ini4700
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248126
qrcode
Visitor count : 2248127 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24