tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

“Mak, boleh ke kaki tumbuh balik?”


                            KLANG, 20 JAN: “Mak, boleh ke kaki tumbuh balik?” Pertanyaan sayu itu dilontarkan Siti Nuraisyah Sahrin sebaik sahaja menyedari            
                            kedua belah kakinya putus digilis lori dalam satu kemalangan pada 18 Januari lalu.


                            Soalan itu membuatkan ibunya terkedu dan sedih mengenangkan nasib anak kesayangannya.



                                                                                                        image


                            Bapa tiri mangsa, Roslan Sardi, 40 yang menganggap Nuraisyah sebagai anak sendiri mengakui bahawa beliau juga terkesan terhadap
                            peristiwa menimpa mangsa.


                            Menganggap insiden itu sebagai takdir, Roslan bagaimanapun mahu tindakan sewajarnya diambil bagi membela nasib Nuraisyah.

                           “Kedua pemandu perodua Kancil dan lori terbabit membuat laporan polis dengan mengaku tidak mengaku bersalah, tetapi bagaimana
                            anak kaki saya boleh putus?


                           “Sebagai bapa, saya inginkan yang terbaik untuknya, lebih sebak apabila dia tanya isteri saya, bolehkah kakinya tumbuh semula.

                           “Saya dan isteri jadi terkedu dan kami hanya mampu beri kata-kata semangat supaya dia terus bersabar,” katanya kepada SelangorKini.

                            Roslan berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kes terbabit yang sedang dalam siasatan.


                                                                                     image


                            Beliau juga mengucapkan terima kasih atas bantuan diterima daripada pelbagai pihak termasuk Kerajaan Selangor dan Jabatan Kebajikan
                            Masyarakat (JKM).


                            “Namun, sebanyak mana bantuan yang datang tidak mampu menggantikan kaki anak saya yang hilang, jadi kemi mengharapkan bantuan
                             dari segi mental dan emosi.


                            “Kami sekeluarga juga akan memberi lebih perhatian dan kasih sayang supaya dia tabah dan bersemangat seperti dahulu,” katanya.

                             Nuraisyah dan keluarga baru menetap di Kampung Belia 2 beberapa bulan lalu serta bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan
                             Terap.


                             Beliau adalah anak keempat daripada tujuh adik beradik.

                             Dalam kejadian malang Isnin lalu, Nuraisyah putus kedua kakinya selepas digilis lori, manakala kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14
                             yang menunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan di kaki kanan dan kiri.

                            

                            http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/


Kemaskini pada 2016-05-17 16:28:09 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini107
Minggu IniMinggu Ini4096
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2247586
qrcode
Visitor count : 2247587 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24