tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Juara hafaz Al-Quran azam harumkan Selangor


               SHAH ALAM, 16 JAN: Mohamad Omar Mansu berazam menjulang nama Selangor dengan menjuarai majlis menghafaz Al-Quran peringkat
               Kebangsaan di Perak pada 15 hingga 20 Februari ini.


               “InsyaAllah akan berusaha bersungguh-sungguh untuk Selangor.Kalau rezeki muncul juara lebih bagus,”katanya kepada media di sini,semalam.


                                                                            image


               Penuntut Kolej Universiti Insaniah (KUIN),  Kedah berusia 21 tahun itu mewakili daerah Sabak Bernam,  muncul juara lelaki majlis menghafaz
               Al-Quran peringkat Selangor 2016.


               Beliau yang mula menghafaz Al-Quran pada usia sembilan tahun mewakili daerah terbabit kerana sebelum ini menuntut di salah sebuah maahad
               tahfiz di sana.

 

 

               “Dengan bimbingan guru, saya akan berusaha lebih gigih bagi mempersiapkan diri (untuk pertandingan peringkat kebangsaan),” kata naib juara
                kebangsaan tahun lalu yang kali pertama menyertai pertandingan peringkat negeri pada 2007.


               Bagi juara wanita, Ainul Mardiah Md Pakhrurrazi, 20, turut menyimpan azam sama bagi mengharumkan nama Selangor.

 

 

 

 

               “Saya perlu berusaha dengan memperbaiki hafazan dan tafsir.Untuk peringkat kebangsaan,saya memang sering menyasarkan muncul juara dan
                berharap berjaya,” katanya penuntut Kolej Pendidikan Intec (Intec), Shah Alam itu.

 

 

 

               Wakil Hulu Langat itu adalah mantan pelajar Maahad Tahfiz Integerasi Sains dan Teknologi Istana Bandar,Jugra Kuala Langat dan mula menghafaz
               Al-Quran pada usia 13 tahun.


               Beliau mula menyertai pertandingan peringkat negeri pada 2011 ketika berusia 15 tahun dan pernah menjuarai kategori satu hingga 20 juzuk peringkat
               kebangsaan pada 2013.

 

 

 

               Dengan kemenangan itu, Mohamad Omar dan Ainul Mardiah masing-masing menerima hadiah RM5,000, anugerah mengerjakan umrah, piala iringan,
               sepersalinan pakaian dan sijil penyertaan daripada Tengku Panglima Diraja Selangor,  Tengku Sulaiman Shah,  yang mewakili Sultan Selangor,
               Sultan Sharafuddin Idris Shah.

              
               Turut hadir, wakil Menteri Besar,  Exco Hal Ehwal Agama Islam,  Adat Melayu dan Warisan,  Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi,
               Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ayha dan Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim.


               
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:27:29 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini96
Minggu IniMinggu Ini4932
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248284
qrcode
Visitor count : 2248285 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24