SHAH ALAM, 31 JAN: Sebanyak 200 tapak perniagaan berkonsepkan Uptown dibuka di Kuala Selangor.
Pengerusi Koperasi Sahabat Sejati (KOSAJA), Zaaim Hasman, berkata inisiatif itu bagi membantu usahawan muda atau baru untuk memulakan perniagaan
mereka.

“Menyedari perkembangan Kuala Selangor yang semakin berkembang terutama dalam sektor pelancongan, KOSAJA menggunakan pendekatan serampang
dua mata bagi mempromosikan Uptown Kuala Selangor.
“Salah satunya bagi menggalakkan pelancongan di daerah itu dan membuka ruang kepada usahawan kecil untuk memasarkan produk serta menambah
pendapatan mereka,” katanya dalam kenyataan kepada SelangorKini.
Zaaim berkata, konsep Uptown Kuala Selangor yang diketengahkan berbeza dengan Uptown yang sedia ada sebelum ini.
“Peniaga hanya perlu membawa produk jualan mereka kerana penganjur sudah siap menyediakan kanopi,bekalan elektrik dan kemudahan lain,” katanya.
Uptown Kuala Selangor dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula dari jam 5 petang hingga 3 pagi.
“Jangan lepaskan peluang kerana permintaan yang kami terima setakat ini amat tinggi dan saya sarankan supaya usahawan berminat segera menghubungi
pihak koperasi sebelum tapak habis disewakan,”katanya lagi.
Uptown Kuala Selangor yang terletak di Jalan Peninsular Utama 1, Taman Peninsular akan mula dibuka pada 5 Februari ini.
“Kami yakin Uptown Kuala Selangor akan setanding seperti Uptown lain yang terdapat di Selangor kerana kini penduduk Kuala Selangor sudah mencecah
60,000 orang ini tidak termasuk kawasan sekitarnya seperti Meru dan Tanjung Karang,” katanya.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi 011 15654282 (Zaaim), 018 3577346 (Safuan) , 017 2211558 (Amin) atau 011 12371636 (Bob) untuk menempah lot terawal.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/
Kemaskini pada 2016-05-17 16:27:10 daripada PPTM_ICT