SHAH ALAM, 5 FEB : Kedutaan Lesotho mengadakan kunjungan hormat ke Universiti Selangor (UNISEL) bagi mengukuhkan hubungan bersama Presiden dan juga Naib Canselor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.
Lawatan diadakan semalam diketuai Pesuruhjaya Tingginya, Dr Mabaphethi Moorosi-Molapo itu juga bertujuan menyemak kembali segala perancangan dan projek yang dirancang bersama UNISEL pada tahun lalu.

Tahun lalu, Lesotho mengadakan lawatan ke UNISEL bersama wakil kedutaan Tanzania dan Zambia. Dalam lawatan tersebut pelbagai kerjasama dirancang untuk dijalankan bersama antaranya program pertukaran pelajar dan juga kajian penyelidikan.
Difahamkan, seorang pelajar dari keluarga diraja Lesotho akan menyambung pengajian di UNISEL Mei depan.
http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/
Kemaskini pada 2016-05-17 16:23:14 daripada PPTM_ICT