tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Pemaju hartanah dituntut sedia bas percuma – MB


   SHAH ALAM, 25 FEB: Pemaju hartanah di Selangor dituntut menyediakan bas percuma ‘Bas Smart Selangor’ dan kemudahan berkaitannya di kawasan pembangunan masing-masing.

   Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata perkara itu akan dibincangkan dengan pemaju dalam memastikan penduduk kawasan terbabit tidak tercicir menerima manfaat tersebut.

 



image
 


   “Saya akan berjumpa dan berbincang dengan pemaju hartanah supaya mereka perlu menyediakan beberapa unit bas percuma untuk penduduk sekitar di kawasan pembangunan mereka.

   “Semua pemaju hartanah di negeri ini bersiap sedia untuk berbincang perkara ini. Kita perlu ingat keuntungan bukan untuk kita tetapi tanggungjawab sosial juga menjadi teras pengurusan ekonomi,” katanya ketika Majlis Penjenamaan Semula Taman Sains Selangor 2, di SACC, di sini.

   Sementara itu, Mohamed Azmin berkata sebanyak 41 buah bas sedang disediakan di beberapa komuniti dan dijangkakan sehingga Julai depan ia akan dapat merangkumi sembilan daerah.

   “Walaupun ia menelan kos besar tetapi sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri memberi kemudahan kepada rakyat,” katanya.

 

 

 


image

 

   Statistik sehingga November 2015 menunjukkan 452,000 sudah menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor sejak dilancarkan pada Julai tahun sama.

   Sehingga kini Bas Smart Selangor sudah beroperasi di pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

   Bas Smart Selangor dilengkapi ciri lengkap kemudahan tempat duduk keutamaan, berkapasiti 60 penumpang, sistem maklumat penumpang, kemudahan Wifi dan mesra orang kelainan upaya (OKU)

   http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:17:07 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini7
Minggu IniMinggu Ini5661
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243652
qrcode
Visitor count : 2243653 Tarikh Kemaskini : 21 - 04 - 24