tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MITS: Pelaburan besar Selangor lahir modal insan cemerlang


   PANDAN, 26 FEB: Pembinaan tiga Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) merupakan usaha Kerajaan Negeri melahirkan modal insan berketerampilan dan berakhlak tinggi dalam mendepani cabaran semasa.

   Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia antara projek besar diumumkan dalam Belanjawan 2016 dengan peruntukan RM80 juta.

 



image
 


   “Pembinaan tiga institusi ini bukan sahaja kita ingin menjadikan pelajar sebagai huffaz tetapi mempunyai keterampilan dalam bidang sains dan teknologi serta penyumbang kepada masyarakat dengan cabaran semasa.

   “Ini merupakan peruntukan besar diberikan Kerajaan Negeri buat pertama kali selain beberapa peruntukan tambahan membaik pulih maahad tahfiz sedia ada,” katanya.

   Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Kenduri Rakyat di Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

   Jelasnya, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang meneliti konsep pembinaan dan ia dijangka bermula dalam tempoh terdekat.

   Dianggarkan setiap maahad tahfiz mampu menampung 500 hingga 1,000 pelajar.

   “Semua projek pembangunan perlu diselesaikan dalam suku tahun pertama termasuk urusan konsep dan tander bagi mengelakkan ia tertangguh serta lewat disiapkan,” katanya.

    Azmin sebelum itu menunaikan solat Jumaat di lokasi sama selain beramah mesra bersama rakyat.

   Hadir sama Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari dan Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz.

   http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/

 

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:16:41 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini425
Minggu IniMinggu Ini3410
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2230578
qrcode
Visitor count : 2230579 Tarikh Kemaskini : 28 - 03 - 24