tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Seorang maut dihempap pokok, tiga cedera


   SHAH ALAM 29 FEB: Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok yang tumbang ketika dia dan tiga rakannya berteduh di sebuah pondok di kelab golf, Seksyen U1, Shah Alam petang semalam.

   Pokok itu tumbang akibat hujan lebat dan angin kencang.

   Lim Tat Thuan, 68, beralamat di Subang Jaya, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian tulang rusuk, pinggang dan dada.

   Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik Mohd Firdaus Zainudin berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 5.30 petang dan mengerahkan tujuh anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

 


image
 

   “Mangsa dapat dikeluarkan dalam masa 15 minit selepas pokok yang menghempapnya dialihkan dengan menggunakan forklift,” katanya dipetik BERNAMA.

   Katanya, tiga rakannya yang terdiri daripada lelaki tempatan serta seorang lelaki dan wanita warga Korea Selatan hanya cedera ringan.

   “Mereka berempat berteduh di dalam pondok itu selepas bermain golf.

   “Pada waktu itu, berlaku angin kencang dan hujan lebat sebelum sebatang pokok berhampiran tumbang dan menghempap pondok berkenaan,” katanya.

   Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Klang untuk bedah siasat.
 
   http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:16:18 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini319
Minggu IniMinggu Ini4442
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242604
qrcode
Visitor count : 2242605 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24