tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MB: Sudah tiba masa peduli lakukan perubahan total


   SHAH ALAM 1 MAC: Rakyat tanpa mengira perbezaan politik, bangsa dan agama diseru untuk bersama-sama bagi semua warga yang peduli untuk bertindak dan mencipta perubahan hakiki dan bermakna.

   Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ia susulan pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamed keluar daripada Umno yang mana sebelum ini pernah membawa parti itu ke puncak kuasa memberi makna beliau akhirnya hilang harapan dengan partinya.

 



image
 


   “Kita sedang menyaksikan gelombang perubahan dalam politik Malaysia.

   “Tembok pemisahan dibina bertahun-tahun atas politiking akhirnya runtuh,” kata Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN dalam kenyataan media.

   Katanya, kesan dari tindakan Tun Mahathir yang mengejut tetapi berani tersebut masih belum sepenuhnya difahami.

   “Namun, tidak dapat diragukan bahawa ianya akan mempunyai pengaruh yang besar dan pasti mempunyai dampak mendalam terhadap landskap politik negara,” katanya.

   Mohamed Azmin berkata, belum pernah semua institusi demokrasi berperlembagaan dinodai sebegini rupa dan ibu kepada segala skandal kewangan berleluasa dengan pelakunya bebas tanpa sebarang tindakan.

   “Akibatnya, rakyat membayar harga yang amat mahal akibat dari jenayah rasuah dan salah guna kuasa di Putrajaya,” katanya.

   Sebelum ini, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar daripada Umno sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

   Tindakan itu adalah kali kedua yang mana beliau pernah dipecat daripada Umno pada 26 September 1969.

   http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor/

 


Kemaskini pada 2016-05-17 16:15:56 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini2
Minggu IniMinggu Ini5067
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243171
qrcode
Visitor count : 2243172 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24