Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Rabu, 11 Mac 2026 | 21 Ramadhan 1447H | 01:34
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

Terbaik dari Kami
carian
w3c
bahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

SOALAM LAZIM UNIT PINDAH MILIK

Soalan Lazim - Unit Pindahmilik, Gadaian & Lelongan Awam

SOALAN LAZIM UNIT PINDAHMILIK, GADAIAN & LELONGAN AWAM

BILSOALANJAWAPAN
1Dimanakah Borang Permohonan Kebenaran Pindahmilik dan/atau Gadaian boleh diperolehi?

?Borang Permohonan Kebenaran Pindahmilik/Gadaian boleh diperolehi di Kaunter Unit Pindahmilik, Gadaian & Lelongan Awam atau muat turun Borang Permohonan tersebut di laman web www.selangor.gov.my/petaling.

Borang
Muat Turun
2Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan kebenaran pindahmilik dan/atau gadaian dibawah bidang kuasa Pentadbir Tanah?

⏱️14 hari bekerja.

(Tidak termasuk Cuti Umum & Cuti Am)
Tempoh Proses
3Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan kebenaran pindahmilik dan/atau gadaian dibawah bidang kuasa Menteri Besar?

?1 – 3 bulan.

(Semakan permohonan boleh dibuat setiap 2 minggu melalui panggilan telefon atau email)
Tempoh Panjang
4Berapa lama tempoh sah laku Carian Rasmi?

?1 bulan dari tarikh Carian Rasmi dikeluarkan.

(Berkuatkuasa untuk Hakmilik Landed dan Hakmilik Strata)
Carian Rasmi
5Perlukah permohonan kebenaran pindahmilik dibuat sekiranya perintah mahkamah telah dikeluarkan?

⚖️

Tidak. Jika perintah mahkamah yang dikeluarkan ada menyatakan nama penerima/pembeli beserta nombor kad pengenalan.
Ya. Jika perintah mahkamah yang dikeluarkan tidak dinyatakan nama penerima/pembeli.
Perintah Mahkamah
6Bagaimana seseorang individu atau syarikat ingin membuat permohonan pindahmilik atas dasar kasih sayang?

❤️Pemohon mesti membawa geran atau salinan geran ke Pejabat Daerah / Tanah Petaling dan berhubung terus di Kaunter Unit Pindahmilik, Gadaian & Lelongan Awam bagi mendapatkan borang permohonan dan tunjuk ajar daripada kakitangan yang bertugas di kaunter.

Kasih Sayang
Kaunter
7Berapa lama tempoh sah laku surat kebenaran Pindahmilik dan/atau Gadaian?

?3 Tahun dari tarikh kelulusan.

Sah Laku
8Perlukah setiap permohonan kebenaran pindahmilik dan/atau gadaian diisi secara online (e-consent) atau manual?

?

Ya. Semua permohonan perlu diisi secara online (e-consent) bagi Hakmilik Landed.
Tidak, bagi permohonan Hakmilik Strata.
e-Consent
Hakmilik Landed
Hakmilik Strata

  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Tanjung