tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Juara qariah Selangor sambung legasi keluarga

 


      SEPANG, 5 MAC: Legasi keluarga Panut dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Selangor diteruskan Nor Faizah Panut selepas beliau diumumkan sebagai juara kategori qariah malam tadi.

      Ibunya, Jamiah Simin, 59, menganggap kejayaan itu sebagai penyambung legasi ditinggalkan beliau dan suaminya, Panut Markom, 69, yang sebelum ini pernah beberapa kali mewakili
      Selangor ke peringkat kebangsaan.

 

 

 

 

image

 

      “Kelima anak saya pernah ke peringkat kebangsaan termasuk yang bongsu sekali pernah menjuarai kategori sekolah rendah dan menengah sebanyak tiga kali, tetapi untuk Tilawah dia
       belum cukup umur lagi.

      “Kini, Nor Faizah pula berjaya ke peringkat kebangsaan kali kedua, jadi tentulah rasa gembira,” katanya kepada SelangorKini.

      Beliau ditemui pada Majlis Penutupan Rasmi Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1437H/2016M di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Badar Baru Salak Tinggi, di sini.

      Mengimbas kembali kejayaan peribadinya, Jamiah berkata, beliau pernah menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat Selangor dan layak ke peringkat kebangsaan sebanyak tujuh kali.

 

 

 

 


image


      Sementara itu, tiga anak beliau menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Selangor kali ini iaitu Nor Faizah, Fakhrurazi dan Nur Fathiyah.

      “Saya ajar mereka dari kecil dan pastikan mereka tamatkan Iqra’ dan masuk Al-Quran pada darjah satu supaya senang kita ajar mereka lagu dan kuasai tajwid selepas itu.

      “Biasanya mereka qatam Al-Quran pada darjah dua atau tiga, bila saya ajar yang besar adik-adik kecil selalu dengar menyebabkan mereka senang nak ikut,” katanya.

       http://bm.selangorku.com/

 


Kemaskini pada 2016-05-17 15:48:23 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini657
Minggu IniMinggu Ini1735
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245569
qrcode
Visitor count : 2245570 Tarikh Kemaskini : 23 - 04 - 24