tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

MWM 2016 iktiraf keupayaan wanita

 


      SHAH ALAM, 6 MAC: Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melepaskan peserta larian Malaysia Women Marathon (MWM) 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, hari ini.

 

 

 


image


      Sambil diiringi isteri, Datin Seri Shamshida Taharin, Mohamed Azmin melepaskan tembakan ke udara bagi menandakan bermulanya larian MWM bagi kategori 5 kilometer (km).

      Beliau yang ditemui selepas pelepasan melahirkan kegembiraan sambil mengucapkan tahniah kepada Tourism Selangor kerana menganjurkan MWM secara tahunan.

      Katanya, Kerajaan Negeri menghargai keupayaan wanita dan memastikan peranan wanita terus diperkasakan.

      “Saya gembira apabila Tourism Selangor mengambil inisiatif menganjurkan acara ini secara tahunan. Tahun ini sambutannya lebih besar berbanding tahun lalu dengan penglibatan 15 negara.

 

 

 



image


      “Ini dapat menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan lebih baik di masa hadapan. Kita lihat peranan wanita diberikan satu perhatian khusus dan inilah peranan kita untuk
      memperkasakan peranan wanita,” katanya.

      MWM 2016 yang bermula di Dataran Kemerdekaan Shah Alam akan melintasi Kota Kemuning dan bandar Rimbayu menerusi Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) sebelum kembali
      ke pusat bandar sejauh 42 km.

      Selain itu, MWM 2016 turut melibatkan acara Etiqa Halaf Marathon sejauh 21 km, larian 10 km dan 5 km fun run.

      
http://bm.selangorku.com/

 

 

Kemaskini pada 2016-05-17 15:48:13 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini521
Minggu IniMinggu Ini5586
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2243588
qrcode
Visitor count : 2243589 Tarikh Kemaskini : 20 - 04 - 24