KUALA SELANGOR, 7 MAC: Dilahirkan serba kekurangan bukan penghalang buat Mohd Shahrul Adam Erman, 20, menyambung pengajian peringkat sijil di Kolej Antarabangsa INPENS.
Mengambil kursus Servis dan Penyelenggaraan Motosikal, Adam, dari Sungai Buloh, percaya kolej milik penuh Kerajaan Negeri itu mampu menyediakan program sesuai dan memenuhi
kehendak industri semasa.
“Selain minat, pengajian ini diyakini mampu melonjakkan keyakinan diri saya.
“Saya juga mahu membuktikan kepada semua kekurangan upaya bukan penghalang untuk berjaya,” katanya yang berazam memiliki bengkel sendiri.
Beliau merupakan salah seorang yang menerima surat tajaan program kemahiran teknikal bagi sesi kemasukan Januari 2016 di Jalan Semarak, di sini, hari ini.

Sementara itu, Tan Chia Hou, 23, berkata pencapaian cemerlang INPENS melahirkan belia dengan kemahiran teknikal tinggi meyakinnya mengambil kursus Automotif Servis Selepas Ujian di
situ.
“Ramai juga rakan menyarankan INPENS berbanding kolej lain, jadi saya jadi lebih yakin ini pilihan tepat,” katanya yang tinggal di Pekan Kapar.
Bagi N. Tehcyasshree, 19, tenaga pengajar profesional INPENS terbukti melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi dan laku di pasaran pekerjaan.

“Saya berazam menjadi salah seorang graduan kebanggaan INPENS seterusnya mencapai cita-cita bergelar pereka fesyen dan mempunyai butik sendiri,” kata pelajar kursus Pembuat
Pakaian Wanita ini.
http://bm.selangorku.com/
Kemaskini pada 2016-11-12 09:54:52 daripada Vox Administrator