tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Liga Super: Selangor akur Kedah ikat seri 2-2

 


                     SHAH ALAM, 6 APR : Selangor terpaksa akur dengan keputusan seri 2-2 bertemu Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.

                     Tindakan pertahanan Selangor, Raimi Mohd Nor menjatuhkan Calos Eduardo memberi kelebihan kepada pasukan Hijau Kuning menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada
                      minit ke 65 sekaligus meleburkan impian The Red Giants meraih tiga mata berharga.

                  
                     Ia adalah keputusan seri kedua diraih Selangor dalam liga musim ini selain menang tiga kali dan seri sekali yang menyaksikan mereka mengumpul 11 mata.

                     Dalam pertemuan pertama antara kedua-dua pasukan itu selepas final Piala Malaysia musim lalu itu, Kedah bermula garang dengan membariskan pemain mudanya.

                     Pasukan tuan rumah,Selangor hampir dikejutkan dengan jaringan pertama Kedah,namun cubaan Sandro Da Silva berjaya ditepis penjaga gol Selangor Norazlan Razali.

                     Kedah memperoleh jaringan pertamanya pada minit ke 7 menerusi Syazwan Zainon hasil hantaran Rizal Ghazali.

 

 

 


image

 

                     Bagaimanapun, kedudukan itu hanya mampu bertahan selama 29 minit sebelum Selangor bangkit menghukum Kedah dengan dua jaringan pantas menerusi R. Gopinathan dan
                     Patrick Ronaldinho.


                     Kedudukan 2-1 berpihak kepada tuan rumah kekal sehingga babak pertama ditamatkan oleh pengadil perlawanan, Muhd Nazmi Nasaruddin.

                     Kedah yang ingin bangkit pada separuh masa kedua berjaya mendominasi bahagian tengah menerusi pemain importnya, Liridon Krasniqi selain dibantu oleh pemain muda skuad
                     Helang Merah, Amirul Hisyam.


                     Bagaimanapun, tindakan Raimi Mohd Nor menjatuhkan Calos Eduardo membuka ruang buat Kedah mencipta jaringan dengan sepakan penalti.

                     Pemain import Brazil, Sandro Da Silva memastikan Kedah mendapatkan jaringan penyamaan apabila berjaya menewaskan Norazlan ketika menyempurnakan sepakan penalti.
                   
                     Kedudukan 2-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan walaupun kedua-dua pasukan saling mengatur serangan sehingga ke akhir permainan.

                     Sumber dari :
http://bm.selangorku.com/

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 15:39:50 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini762
Minggu IniMinggu Ini4751
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248169
qrcode
Visitor count : 2248170 Tarikh Kemaskini : 26 - 04 - 24