SHAH ALAM, 8 APR: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membangunkan beberapa kediaman di sekitar Selangor khusus kepada golongan asnaf fakir dan miskin menggunakan wang zakat.
Menurut laman facebook, rumah tersebut diberikan secara percuma kepada golongan terbabit yang mempunyai tapak rumah sendiri.

Pemberian rumah tersebut juga memberi keutamaan kepada pemohon berusia 65 tahun yang mempunyai tanggungan melebihi 4 orang dalam satu rumah.
Selain itu, pemohon tidak mempunyai rumah atau rumah dalam keadaan uzur, daif dan tidak selamat diduduki.
Jika tiada geran pemohon hendaklah mendapat kebenaran bertulis dari tuan tanah yang harus disahkan melalui akuan sumpah.
Sebelum itu, LZS juga menyumbangkan RM5,000 kepada mangsa terlibat dalam kebakaran di Kampung Batu 4, Ijok, Kuala Selangor semalam melalui akaun bank.
LZS juga turut menyerahkan RM500 tunai kepada mangsa bertujuan bagi meringankan beban akibat mengalami kerosakan hampir keseluruhan rumah.
Difahamkan sewaktu kejadian empat orang mangsa berada di dalam rumah tersebut namun dua beradik berusia 15 dan 14 tahun ditemui rentung dalam bilik tidur.
Sumber dari : http://bm.selangorku.com/
Kemaskini pada 2016-05-17 15:39:26 daripada PPTM_ICT