PETALING JAYA, 9 APR: Pendekatan ‘people engagement’ penting bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) mendepani cabaran berurusan dengan pembayar cukai.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pembangunan masa kini juga menuntut PBT melibatkan pembayar cukai dalam setiap perancangan mereka.

Katanya, dengan itu pembayar cukai lebih menghargai seterusnya bersama-sama menjayakan setiap perancangan PBT.
“Orang Petaling Jaya ‘demanding’, begitu juga dengan wakil rakyatnya kerana mereka mahu terbaik dengan pembangunan teratur dan tersusun demi kesejahteraan rakyat.
“Jadi, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kena ‘engage’ dengan mereka serta sabar menghadapi karenah pembayar cukai dengan kemahiran serta ilmu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 dan Meraikan Pesara 2016 MBPJ di Dewan Sivik, di sini, semalam.

Hadir sama, Datuk Bandar, Mohd Azizi Mohd Zain dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R. Rajiv.
Majlis menyaksikan seramai 143 kakitangan MBPJ menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang selain 23 pesara menerima sijil penghargaan dan cenderamata.
Sumber dari : http://bm.selangorku.com/
Kemaskini pada 2016-05-17 15:37:20 daripada PPTM_ICT