Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Khamis, 19 Februari 2026 | 02 Ramadan 1447H | 03:18
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

Terbaik dari Kami
carian
w3c
bahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

SOALAN LAZIM UNIT PENGUATKUASA

Soalan Lazim - Unit Penguatkuasa

SOALAN LAZIM

UNIT PENGUATKUASA - KANUN TANAH NEGARA
NO.SOALANJAWAPAN / TINDAKAN
Q1
Apakah kesalahan dan tindakan yang boleh dikenakan kepada sesiapa yang mengusahakan tanah secara haram?
Tindakan di bawah Seksyen 425 KTN, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali manakala tanaman, binaan dan alatan di atas tanah itu juga boleh dimusnahkan dan dirampas.
Q2
Siapa yang boleh menangkap tanpa waran di dalam operasi di bawah Seksyen 425/426 Kanun Tanah Negara?

Menurut Seksyen 426A Kanun Tanah Negara, yang boleh menangkap tanpa waran adalah:

  • Inspektor Polis ke atas

  • Pentadbir Tanah dan Penolong Pentadbir Tanah

  • Pendaftar Hakmilik dan Timbalan Pendaftar Hakmilik

  • Pegawai Penempatan/Penolong Pegawai Tanah

  • Lain-lain pegawai yang diwibawakan oleh Pihak Berkuasa Negeri

Q3
Apakah yang boleh dilakukan ke atas tanah pertanian?

Pertama kena ikut syarat nyata pada geran itu. Jika tanah itu diluluskan bagi maksud kelapa sawit maka hanya tanaman kelapa sawit sahaja yang boleh diusahakan di atas tanah itu termasuk mengusahakan aktiviti memproses kelapa sawit berkenaan (Sek. 115(4)(c)).

Di atas tanah pertanian hanya dibenarkan sebuah rumah kediaman sahaja dibina bagi setiap pemilik tanah.

Q4
Bolehkah saya membuat kedai di atas tanah syarat kediaman?
Tidak boleh, kerana telah melanggar syarat dan boleh dikenakan tindakan samada di bawah Seksyen 127, 128, 129 Kanun Tanah Negara.
Q5
Apakah dimaksudkan dengan bahan batuan?
Bahan batuan ialah apa apa batuan, batu, granit, batu kapur, mamar, kelikir, pasir, bumi, laterit, tanah gembur, tanah liat, tanah, lumpur, tanah rumput, gambur, karang, cengkerang atau tahi kelawar, di dalam atau di atas mana mana tanah dan termasuk juga apa apa bata, kapur, simen atau lain lain komoditi yang dikilang darinya.
Q6
Apakah yang diertikan dengan tanah kerajaan?

Semua tanah di dalam negeri itu (termasuk sebanyak mana dasar mana mana sungai, dan tepi pantai serta dasar laut, seperti yang adalah dalam lingkungan wilayah negeri itu atau batas perairan wilayah) selain dari:

  • Tanah Berimilik

  • Tanah Rizab

  • Tanah Lombong

  • Mana mana tanah yang di bawah peruntukan mana mana undang undang yang berhubungan dengan hutan (sama ada diluluskan sebelum atau selepas permulaan akta ini) buat masa itu adalah hutan simpan.

Q7
Bolehkah jentera rampasan serbuan bahan batuan dilepaskan dengan kompaun?
Tidak boleh kerana kompaun adalah untuk kesalahan yang dilakukan oleh orang yang membawa jentera itu. Jentera rampasan hendaklah disita dan hanya boleh dilepaskan dengan arahan Mahkamah sahaja.

Sumber: Kanun Tanah Negara (KTN) | Direka untuk Unit Penguatkuasaan

© 2023 - Semua hak cipta terpelihara


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah