SHAH ALAM, 20 APR: Sekurang-kurangnya tiga jam diambil untuk memadamkan pembakaran sisa binaan oleh individu tidak bertanggungjawab di laluan bersebelahan Ladang
Tuan Mee,Sungai Buloh, semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menerusi facebooknya memaklumkan Pasukan pemadam dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang dikerah ke lokasi
untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Dalam pada itu, kejadian sama dilaporkan berlaku di belukar seluas 3 ekar di Jalan Tiaj 2/9, Taman perindustrian Alam Jaya, Puncak Alam akibat aktiviti pembakaran sampah tidak
dikawal.
Pasukan pemadan dari BBP Bestari Jaya dikerah ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.01 malam sebelum berjaya memadamkan kebakaran tersebut 2 jam
kemudian.
Sebelum ini, orang ramai diperingatkan agar waspada dan mengelakkan pembakaran terbuka serta tindakan yang boleh menyebabkan kebakaran ekoran cuaca panas dan kering
ketika ini.
Sumber dari : http://bm.selangorku.com/
Kemaskini pada 2016-05-17 15:32:43 daripada PPTM_ICT