tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Liga Super: Red Giants tekad beri tentangan hebat

 


                      SHAH ALAM, 23 APR: Red Giants berazam memberikan tentangan hebat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam misi memungut tiga mata penuh ketika kedua
                      pasukan bertemu di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam ini.
 
                      Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan, berkata skuad bimibingannya harus menggunakan peluang keemasan untuk mencatat kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan
                      dalam Liga Super.

 

 

 

image

 

                     “Kita perlukan tiga mata untuk menduduki kelompok atas liga dan saya tidak mahu lagi berlaku sebarang kesilapan ketika menentang PDRM,” katanya.

                      PDRM mengecewakan The Red Giants 2 – 1 di pusingan ketiga Piala FA di venue sama, 4 Mac lalu dan pertemuan kali ini tentunya peluang terbaik mereka bagi menebus
                      kekalahan itu.

                      Dalam saingan Liga Super, Selangor bangkit dari kekalahan 1 – 3 kepada Felda United di laman lawan, 9 April lalu dengan menundukkan Pulau Pinang (1 – 0) di
                      Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Rabu lalu selain mengenepikan cabaran kelab Bangladesh, Sheikh Jamal Dhanmondi (2 – 1) dalam Piala AFC di tempat sama,
                      seminggu sebelumnya.

                      Rentak kemenangan pasti ingin diteruskan Zainal dan berharap pemain akan memastikan kebangkitan pasukan dengan aksi cemerlang.

                      “Ada peningkatan dari segi pertahanan tetapi masih ada ruang yang perlu diperbaiki segera.

                      “Namun kemenangan dalam perlawanan lalu memberi semangat kepada pemain untuk terus bermain dengan baik walaupun masih belum mempamerkan permainan
                       sepatutnya,” katanya.

                       Selangor kini di tangga ketiga Liga Super dengan 14 mata ketinggalan tujuh mata di belakang Felda United (21) diikuti JDT (20) manakala PDRM kelima (11).

                      
Sumber dari : http://bm.selangorku.com/

 

 


Kemaskini pada 2016-05-17 15:32:03 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini694
Minggu IniMinggu Ini1772
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2245603
qrcode
Visitor count : 2245604 Tarikh Kemaskini : 23 - 04 - 24