tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

 "TERBAIK DARI KAMI" 

Mukim Petaling 2 : Kampung Batu 13

 

        Kampung Batu 13, Puchong merupakan tanak kerajaan yang mula dibuka dan diterokai pada sekitar tahun 1969. Terdapat lima buah kampung yang berada dibawah pentadbiran kampung ini iaitu Kampung Kenangan, Kampung Lama Batu 15, Kampung Tengah A, Kampung Tengah B dan Kampung Kuala Sungai Baru.
 

 

       Kampung Kenangan merupakan kampung yang paling awal dibuka dan diterokai di kawasan ini iaitu sekitar tahun 1950-an.Kampung Kenangan mendapat namanya kerana dikatakan bahawa orang tempatan atau orang yang pernah tinggal di kampung ini pasti akan terkenang kepada kenangan pahit dan manis semasa tinggal di kampung ini. Selepas itu barulah Kampung Tengah A dan B menyusul dibuka. Kampung Kuala Sungai Baru pula pada asalnya ialah kawasan setinggan yang menduduki tanah TOL (tanpa Lesan).
 

       Nama Kampung Batu 13 diberikan kerana pada masa lalu, kiraan jarak adalah menggunakan skill batuan.Oleh kerana jarak kampung ini dari Kuala Lumpur ialah 13 batu maka kampung ini pun dipersetujui diberi nama sebagai Kampung Batu 13, Puchong. Pada masa kini, penduduk Kampung Batu 13 sekitar 5,000 orang dimana 99% merupakan orang Melayu. 


      Kampung ini pada awal tahun 1950-an pernah digelar sebagai “Lubuk Emasâ€Ã‚ kerana kawasan ini mempunyai banyak paya dan kaya dengan ikan-ikan. Pada peringkat awal pembukaannya, para peneroka awal mengalami kesulitan dan kesukaran membuka kampung ini kerana kawasan ini kerap dilanda banjir yang berpunca daripada limpahan air Sungai Klang.Kampung ini Juga tidak mempunyai bekalan air dan api pada masa dahulu.
 

        Yang ada hanyalah telaga air, lorong dan denai-denai kecil tetapi kini perubahan yang agak drastik telah berlaku di kampung ini.Pelbagai kemudahan dan prasarana telah disediakan dan pembinaan lebuh raya Damansara-Puchong serta Lapangan terbang KLIA telah memberikan kesan yang besar kepada kampung Batu 13. Pada masa kini, kedudukan kampung ini terletak ditepi lebuh raya dan berhampiran dengan kawasan taman perumahan, kilang-kilang dan bagunan komersial. Pemimpin atau Ketua kampung yang memainkan peranan penting dalam memajukan kampung-kampung dibawah pentadbiran kampung Batu 13,Puchong ialah seperti berikut:

  • Tok Tanda (1950-an iaitu semasa kampung Kenagan baru dibuka);
  • Tok Harun (1970-an);
  • Wak Termidi(1980-an); dan
  • Tuan Haji Zakaria (1997 hingga kini).

Kemaskini pada 2016-05-18 10:59:38 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page