Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Sabtu, 31 Januari 2026 | 12 Sya’ban 1447H | 06:47
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

Terbaik dari Kami
carian
w3c
bahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

SOALAN LAZIM UNIT PENDAFTARAN HAKMILIK LANDED

Soalan Lazim Unit Pendaftaran Hakmilik Landed

Soalan Lazim Unit Pendaftaran

Hakmilik "LANDED"

Senarai Soalan Lazim Jumlah: 8 Soalan
No.SoalanJawapan
1
Apakah perbezaan antara Carian Rasmi dan Carian Persendirian?Dari segi isi kandungan, semuanya sama. Bezanya cuma pada kadar bayaran iaitu Carian Rasmi RM50, Carian Persendirian RM30. Carian Rasmi mempunyai cop pengesahan dari Pentadbir Tanah dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
2
Berapakah masa yang diambil untuk mendaftar perserahan Pindahmilik Tanah?24 jam dari tarikh perserahan (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am).
3
Adakah kaveat persendirian boleh dimasukkan oleh pemilik tanah?Boleh, tetapi hendaklah mempunyai alasan / sebab dan bukti yang kukuh.
4
Apakah perbezaan antara HS(D) / Pajakan Negeri / Geran dan HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim?HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar dan dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri. HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula ialah hakmilik tanah desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah.
5
Berapakah umur yang layak menerima @ memindahmilik?18 tahun ke atas.
6
Adakah status "pentadbir" boleh memindahmilik?Pemilik berstatus "Pentadbir" tidak boleh memindahmilik melainkan "pentadbir" itu mendapat perintah Pusaka atau perintah mahkamah yang jelas menyatakan boleh memindahmilik.
7
Bolehkah tanah Simpanan Melayu dan Rezab Melayu dipindahmilik kepada orang bukan Melayu?Boleh, selagi pemilikan adalah orang bukan Melayu, maka boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu. Sekiranya telah dipindahmilik kepada orang Melayu, maka ianya tidak boleh dipindahmilik kepada orang bukan Melayu.
8
Bilakah dokumen yang telah siap didaftarkan boleh dipungut?Dokumen perserahan boleh dikutip selepas 24 jam dari tarikh perserahan (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Am). Sekiranya kutipan tidak dibuat dalam tempoh 7 hari selepas itu, maka denda RM100 akan dikenakan pada hari kelapan.

  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah