tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Kempen Jom Jimat Air bermula Mei hingga Julai ini

  SHAH ALAM, 4 MEI: Kempen Jom Jimat Air akan dilaksanakan secara agresif bermula Mei hingga Julai ini secara serentak di seluruh pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor.

 

  Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib, berkata setiap PBT akan mengadakan kempen melalui program dirangka masing-masing 

  selain menaikkan papan iklan.

 

  Katanya, kempen itu turut membabitkan agensi lain antaranya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang akan mengeluarkan khutbah khas berkenannya.

 

image

 

  Kempen ini masih di peringkat awal dan akan diteruskan hingga hujung 2016. Bermula Mei hingga Julai, kempen ini akan dilancarkan secara serentak di semua PBT, JAIS 

  dan pejabat daerah di peringkat masing-masing.

 

  “Ketika ini, Kerajaan Negeri giat memasang papan iklan dan mengedarkan poster di seluruh negeri,” katanya kepada SelangorKini.

 

  Zaidy berkata, Kempen Jom Jimat Air juga akan dilaksanakan di peringkat sekolah seluruh Selangor selain pertandingan mencipta video pendek dengan hadiah sebanyak RM

  6,000.

 

  “Hadiah turut akan diberikan kepada pangsapuri yang paling banyak mengurangkan bil air,” katanya.

 

  Pada masa sama, katanya, kempen terbabit yang bermula dari fasa hebahan dan kesedaran awam awal tahun lalu berjaya mencapai objektif.

 

image

 

 

  “Bagaimanapun kita sedia maklum, untuk mengurangkan jumlah bil penggunaan memerlukan masa yang lama kerana ianya proses pembudayaan yang perlu dipupuk.

 

  “Ketika ini, statistik kadar penggunaan domestik dianggarkan sebanyak 235 liter digunakan individu setiap hari,” katanya.

 

  Beliau turut menasihatkan dan menyeru rakyat Selangor termasuk ADN supaya mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air.

 

  Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mahu pihak pengurusan masjid dan surau di negeri itu mengenakan amalan penggunaan air secara berhemah dalam kalangan

  jemaah bagi mengurangkan kadar pembaziran air yang amat tinggi di negeri itu.

 

 Sumber dari :https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2016-07-25 10:10:12 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini461
Minggu IniMinggu Ini4584
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2242733
qrcode
Visitor count : 2242734 Tarikh Kemaskini : 19 - 04 - 24