Soalan Lazim Unit Pendaftaran
Hakmilik Strata
Soalan Lazim Hakmilik Strata 5 Soalan
| No. | Soalan | Jawapan |
|---|---|---|
1 | Berapa lamakah endosan hakmilik strata siap didaftarkan? | Tempoh endosan Hakmilik Strata adalah selama 3 - 6 bulan. |
2 | Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk setiap perserahan Hakmilik Strata? | Bayaran yang dikenakan adalah sama dengan Hakmilik Persendirian kecuali bagi pembeli pertama diskaun sebanyak 20% akan diberi. |
3 | Bagaimanakah pembeli / pemilik rumah Hakmilik Strata hendak membuat pembayaran cukai tanah? | Pembeli / pemilik rumah Hakmilik Strata hendaklah membuat pembayaran cukai tanah kepada pemaju / perbadanan pengurusan. |
4 | Jika pemaju tersebut diisytiharkan bankrup, bagaimanakah pembeli hendak menuntut geran hakmilik strata? | Jika pemaju diisytiharkan bankrup, pembeli / pemilik boleh merujuk kepada Jabatan Insolvensi. |
5 | Bagaimanakah proses pindahmilik Hakmilik Strata dilakukan? | Proses pindahmilik Hakmilik Strata adalah seperti berikut: Langkah-langkah Proses Pindahmilik Hakmilik Strata:1 Pemilik asal menyediakan dokumen-dokumen berkaitan hakmilik strata 2 Pembeli menyediakan dokumen peribadi dan bukti pembayaran 3 Dokumen diserahkan kepada pejabat tanah atau unit pendaftaran berkenaan 4 Pihak berkuasa akan memproses permohonan dalam tempoh yang ditetapkan 5 Pindahmilik didaftarkan setelah semua syarat dipenuhi dan bayaran diselesaikan |
Nota Penting: Maklumat dalam jadual ini adalah untuk rujukan umum. Untuk maklumat terkini dan terperinci, sila hubungi Unit Pendaftaran Hakmilik Strata di pejabat tanah berhampiran atau layari portal rasmi Jabatan Tanah dan Galian.









