tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Kisah viral pocong Jalan Kebun, elak terlibat amalan khurafat

 

SHAH ALAM, 24 JULAI 2016: Penduduk sekitar Jalan Kebun diminta meneruskan aktiviti harian seperti biasa dan tidak terlibat dalam melakukan perbuatan khurafat.

 

Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata masyarakat sekitar perlu menolak kepercayaan tahyul dan bertentangan ajaran Islam.

 

“Saya tidak menafikan wujudnya benda halus seperti termaktub dalam Al-Quran.

 

Pocong jalan kebun“Namun, sebagai orang Islam saya mengajak masyarakat untuk menolak kepercayaan tahyul dan meneruskan aktiviti harian seperti biasa,”

katanya kepada SelangorKini.

 

Shuhaimi turut menasihatkan orang ramai bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) jika terdapat perkara mencurigakan.

 

image

 

JAIS sebelum ini, memberi amaran tegas untuk mengambil tindakan kepada pihak melakukan pemujaan di tanah perkuburan ekoran wujudnya pocong

dibeberapa kawasan di sekitar Jalan Kebun.

 

Terdahulu, menerusi rakaman video amatur berdurasi 20 saat itu, kelibat pocong sedang berdiri tegak seolah-olah memerhatikan sekumpulan remaja yang

kebetulan dapat merakam imej berkenaan.

 

Hasil tinjauan mendapati, video tersebut mendapat 103,096 tontonan sebelum dipadamkan ‘admin’ grup Facebook berkenaan.

 

Kisah kewujudan pocong di Kampung Jalan Kebun seperti yang viral di laman sosial Facebook hanya rekaan semata-mata.

 

Ketua Kampung Jalan Kebun, Mohd Salehan Tahir berkata, dakwaan di Facebook itu tidak benar sama sekali.


“Ia sengaja direka cerita pihak tertentu untuk menakutkan kira-kira 20,000 penduduk melibatkan 15 kariah di sini,” katanya.

 

Sumber dari : https://selangorkini.my/


Kemaskini pada 2016-09-09 10:29:56 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini199
Minggu IniMinggu Ini5035
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2248357
qrcode
Visitor count : 2248358 Tarikh Kemaskini : 27 - 04 - 24