Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Selasa, 3 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447H | 12:47
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

Terbaik dari Kami
carian
w3c
bahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

SOALAN LAZIM UNIT PEMBANGUNAN TANAH

SOLAN LAZIM UNIT PEMBANGUNAN TANAH

SOLAN LAZIM UNIT PEMBANGUNAN TANAH

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pembangunan Tanah

No.SoalanJawapan
Q1Apakah permohonan yang dimaksudkan untuk tujuan Pembangunan Tanah?
  • Permohonan Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah
  • Permohonan Serentak Pecah Sempadan dan Ubah Syarat Tanah
  • Permohonan Ubah Syarat, Pecah Sempadan dan Ubah Syarat Tanah
  • Permohonan Penyatuan Tanah
  • Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pertanian kepada industri
  • Pemberian Milik Tanah di bawah Akta Tanah
  • Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik
Q2Apakah perbezaan pecah sempadan dengan pecah bahagian?

Pecah sempadan – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau sementara sambungan dari hakmilik tetap dipecah kepada 2 atau lebih bahagian supaya tiap-tiap satunya dipegang dibawah hakmilik yang berasingan oleh tuanpunya yang sama atau tuan-tuan punya bersama yang sama.

Pecah bahagian – tanah yang dipegang dibawah hakmilik tetap atau dibawah hakmilik sementara sambungan dari hakmilik tetap yang dipegang oleh 2 orang atau lebih sebagai tuanpunya bersama adalah dipecah bahagikan supaya tertakluk pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu dibawah satu hakmilik yang berasingan.

Q3Siapakah yang boleh memohon untuk tujuan Pembangunan Tanah?
  • Tuan tanah (Pemilik Berdaftar)
  • Pemegang Amanah atau mana-mana orang yang diberi kuasa atau kebenaran oleh tuan rumah
Q4Apakah kaedah yang digunakan untuk pengenaan premium?Pentadbir Tanah akan merujuk ke Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta bagi mendapatkan nilaian tanah dan pengiraan premium akan dikenakan berdasarkan Kaedah Tanah Selangor 2005 (Pindaan 2007).
Q5Adakah rayuan pengurangan premium masih dibenarkan?Mengikut Pekeliling PTG Bil. 7/2010 hanya individu (untuk tujuan bangunan kediaman) berpendapatan kurang dari RM 1,500.00 ke bawah, bilangan tanggungan yang ramai, terdapat bangunan kediaman di atas tapak dan tinggal di atas tapak yang akan dipertimbangkan.
Q6Adakah premium boleh dibayar secara ansuran?Tidak boleh. Mengikut Pekeliling PTG Bil. 7/2010, tempoh bayaran hanya dibenarkan bagi tempoh 3 bulan dan lanjutan selama sebulan dan dikenakan caj 3%. Pengecualian hanya diberi kepada pemohon yang diluluskan dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran.
Q7Apakah jenis pembangunan yang memerlukan Kebenaran Merancang?Kesemua pembangunan yang melibatkan kerja penukaran kegunaan tanah atau bangunan, pemecahan sempadan atau penyatuan tanah adalah memerlukan Kebenaran Merancang untuk memudahkan urusan permohonan.
Q8Bolehkah permohonan-permohonan ini dibuat tanpa Kebenaran Merancang?Boleh. Walau bagaimanapun adalah digalakkan untuk pemohon mengemukakan kelulusan Kebenaran Merancang bagi memudahkan urusan.
Q9Berapakah kos yang diperlukan?
i) Pendaftaran permohonan pecah bahagian RM 100.00 setiap hakmilik
ii) Carian rasmi RM 50.00 bagi 1 hakmilik
iii) Kos tidak termasuk urusan penyediaan pelan
iv) Borang dan sebarang pertanyaan boleh diperolehi di kaunter Unit Tanah
Q10Bagaimanakah cara untuk memohon lanjut tempoh pajakan tanah dan apakah borang-borang yang diperlukan?
i) Isi borang Jadual 1
ii) Isi borang Jadual 12A (sekiranya masih ada tempoh pajakan)
Borang-borang ini boleh didapati dari Unit Pembangunan Dan Perlupusan Tanah, di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat
Q11Bagaimana hendak memohon Lesen Pendudukan Sementara (TOL)?
i) Mesti tahu lokasi (pelan lokasi boleh didapati dari Bahagian Pelan, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat)
ii) Selepas itu dapatkan borang permohonan dan diisi dengan lengkap dan serah di Bahagian Tanah, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat untuk bayaran pendaftaran permohonan
Q12Apakah itu Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?LPS ialah satu bentuk pelupusan tanah yang bersifat sementara oleh Pihak Berkuasa Negeri. Ianya merupakan salah satu cara dimana Pihak Berkuasa Negeri membenarkan tanah tertentu diduduki atau digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 42(1)(C) KTN.
Q13Berapakah Bayaran Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
i) RM20.00 - Bayaran untuk Pelan < 10 ekar
ii) RM50.00 - Bayaran untuk Pelan > 10 ekar
iii) RM50.00 - Bayaran permohonan LPS
Q14Kuasa meluluskan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?Semua permohonan LPS dikemukakan di Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).
Q15Bagaimanakah cara memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
i) Pemohonan dibuat oleh pemohon melalui Pejabat Tanah Daerah, pemohon membeli pelan untuk kawasan yang dipohon
ii) Pemohon perlu mengisi borang Lesen Pendudukan Sementara di Pejabat Daerah / Tanah
iii) Borang yang telah lengkap diisi perlu dikemukakan semula ke Pejabat Tanah Daerah berserta dokumen berikut:
- 1 salinan kad pengenalan pemohon
- 2 salinan pelan lokasi kedudukan tanah
- 1 salinan Lesen Pendudukan Sementara (jika ada)
Q16Berapakah bayaran yang harus dikenakan sekiranya pemohon Lesen Pendudukan Sementara diluluskan?Ianya bergantung kepada keluasan tanah yang diluluskan.
Q17Berapa lama tempoh sah Lesen Pendudukan Sementara diluluskan?3 tahun dan setiap tahun perlu membaharui lesen serta membayar bayaran tahunan.
Q18Bagaimana untuk membaharui Lesen Pendudukan Sementara diluluskan?Hadir ke Pejabat Tanah Daerah dengan membawa lesen asal dan mengisi borang untuk membaharui lesen.
Q19Apakah maksud pelupusan secara pemberimilikan Tanah Kerajaan?Pemberimilikan tanah kerajaan ialah melupuskan tanah kerajaan kepada individu, agensi kerajaan, syarikat swasta, pertubuhan dan perbadanan yang layak memiliki tanah untuk selama-lamanya atau untuk tempoh beberapa tahun bagi kegunaan bangunan, perusahaan dan pertalian mengikut Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.
Q20Bagaimana cara memohon?
i) Pemohon perlu membeli pelan daripada Unit Pelan Pejabat Daerah Hulu Langat
ii) Pemohon perlu mengisi borang Jadual 1 dan melampirkan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan dan pelan lokasi / kedudukan tanah
iii) Pemohon juga perlu mengisi borang akujanji iaitu borang yang menyatakan bahawa pemohon tidak pernah mempunyai sebarang tanah
Q21Bayaran premium?
i) Bayaran premium adalah bayaran yang dikenakan kepada pemohon sekiranya permohonan pemberimilikan diluluskan
ii) Ianya adalah berdasarkan kepada penilaian tanah yang dijalankan oleh Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Ianya berbeza mengikut kaedah-kaedah Tanah Negeri masing-masing

  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah