SHAH ALAM, 9 MEI: Pentadbir Tanah Daerah (PTD) disaran mengelpasti tanah kerajaan yang tidak sesuai untuk dibangunkan diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal.
Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata Selangor tidak boleh berasa selesa dengan jumlah semasa hutan simpan meskipun melebihi 30 peratus ditetapkan sebelum ini bahkan
ia perlu diperluaskan.
“Dianjurkan pentadbir tanah daerah untuk mengenalpasti tanah kerajaan yang tidak sesuai lagi dibangunkan untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal sebagai usaha berterusan
menambah peratusan.

“Walaupun kita telah melepasi sasarannya, ini tidak bermakna kita selesa dengan statistik itu dan ia perlu diperluaskan,” katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian dalam ucaptama Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang dihoskan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Beliau turut memaklumkan Pentadbir Tanah Daerah Gombak sebelum ini mencadangkan pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan Kekal seluas 50 ekar bagi tujuan tanah perkuburan dengan
gantian tanah seluas 151 ekar.
Katanya, pemeliharaan hutan simpan penting kerana bencana alam yang berlaku mutakhir ini disebabkan kecuaian manusia dan akhirnya mencetuskan fenomena El-Nino.
“Kalau Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mengambil langkah proaktif untuk tidak membenarkan hutan ini diterokai dengan sewenang-wenangnya dan memberikan kelulusan semudah-
mudahnya,fenomena El Nino boleh ditangani dengan baik dan teratur.
“Kita jangkakan tidak ada masalah air, saya beri jaminan dan tidak berlaku catuan air bagi kepentingan rakyat,” katanya.
Hadir sama dalam perhimpunan bulanan Setiausaha Kerajaan Selangor,Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya,Speaker Dewan Negeri Selangor,Hannah Yeoh dan Pengarah Jabatan Perhutanan
Selangor, Dr Mohd Puat Dahalan.
Dalam majlis sama, Mohamed Azmin turut melancarkan buku ‘Orchidea Selangoreana – Wild Orchid of Selangor’ dan menyampaikan sijil penghargaan kepada jabatan serta agensi terlibat
dalam Operasi Pemadaman Kebakaran Hutan.
Sumber dari : http://bm.selangorku.com/
Kemaskini pada 2016-07-26 11:13:58 daripada FARAH