Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Jumaat, 30 Januari 2026 | 11 Sya’ban 1447H | 06:16
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

Terbaik dari Kami
carian
w3c
bahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

SOALAN LAZIM UNIT LMS (Permohonan_LPS)

SOLAN LAZIM UNIT LMS - Permohonan LPS
 

SOLAN LAZIM UNIT LMS

PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (LPS)

No.SoalanJawapan & Proses
Q1Bagaimana hendak memohon Lesen Pendudukan Sementara (TOL)?

Kenalpasti lokasi / semak lokasi di Unit Teknikal

Pastikan lokasi tanah yang ingin dipohon adalah sesuai dan bebas dari sebarang pertindihan hak.

Beli pelan (2 salinan – RM40.00) di Unit Teknikal

Kemudian buat permohonan melalui Borang LPS dan dikembalikan di Kaunter Unit Lesen Pendudukan Sementara (LMS).

Pastikan pemohon menerima Kad Putih

Kad Putih beserta No Fail untuk rujukan pemohon akan diberikan setelah permohonan didaftarkan.

Q2Apakah itu Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?

LPS ialah satu bentuk proses pelupusan tanah yang bersifat sementara oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Ianya merupakan salah satu cara dimana Pihak Berkuasa Negeri membenarkan tanah tertentu diduduki mengikut Pekeliling PTGS Bil.4/2015 untuk tujuan berikut:

Tanaman Kontan
Tapak Semaian
Pondok Pengawal
Papan Iklan
Tempat Letak Kereta
Q3Berapakah bayaran permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
Pelan – 2 salinan RM 40.00
Bayaran Permohonan RM 50.00
Jumlah Bayaran Awal:

RM 90.00 untuk permohonan LPS (tidak termasuk bayaran tahunan jika diluluskan).

Q4Kuasa meluluskan Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
Tidak melebihi 1 ekar – Kelulusan Pentadbir Tanah
1 ekar hingga 5 ekar – Kelulusan Pengarah Tanah Galian Selangor
Melebihi 5 ekar – Kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pemohon yang layak:
Orang Awam Persatuan / Komuniti Pihak Berkuasa Tempatan
Q5Bagaimanakah cara memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS)?
Beli Pelan di Unit Teknikal (2 Salinan) – RM40.00

Isi borang permohonan di Unit LMS dengan maklumat yang lengkap:

Bagi Individu:
2 Salinan Kad Pengenalan
2 keping pelan lokasi yang disahkan oleh Unit Teknikal
Resit Bayaran permohonan
Bagi Syarikat:
2 Salinan Kad Pengenalan
1 Salinan Memorandum And Article Of Association (MMA) berserta Borang 24 dan Borang 49 lengkap dan terkini atau Annual Return of Company Having A Share Capital yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat Berlesen
2 keping pelan lokasi yang disahkan oleh Unit Teknikal
Resit Bayaran permohonan
Q6Berapakah bayaran yang harus dikenakan sekiranya pemohon Lesen Pendudukan Sementara (LMS) diluluskan?

Ianya mengikut kepada keluasan tanah yang diluluskan

Mengikut nilaian tanah sewaan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH)

Nota Penting:

Bayaran tahunan LPS ditentukan berdasarkan nilai sewaan tanah semasa yang dinilai oleh JPPH dan keluasan tanah yang diluluskan.

Q7Berapa lama tempoh sah Lesen Pendudukan Sementara diluluskan?

1 + 3 Tahun Pembaharuan

Lesen diluluskan untuk 1 tahun pertama, dan boleh diperbaharui sehingga 3 kali (maksimum 4 tahun keseluruhan).

Q8Bagaimanakah untuk membaharui Lesen Pendudukan Sementara (LMS) diluluskan?

Pemohon diminta mengemukakan Lesen Asal dan membuat permohonan semula di Unit LMS.


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah