Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Selasa, 3 Mac 2026 | 13 Ramadhan 1447H | 12:47
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING

Terbaik dari Kami
carian
w3c
bahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

SOALAN LAZIM UNIT HASIL (Cukai Tanah)

SOLAN LAZIM UNIT HASIL - Cukai Tanah
 

SOLAN LAZIM UNIT HASIL

CUKAI TANAH

Maklumat Penting Mengenai Cukai Tanah
KategoriPerkaraPenjelasan
AApa Itu Cukai Tanah?

Ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 Kanun Tanah Negara 1965:

Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa.
Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya Cukaisewa atau hasil tanah.
Apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukaisewa.
BSiapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah?

Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965:

Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah.

"Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana-mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."

Nota Penting:

Selepas perjanjian jual-beli ("Sales and Purchase Agreement") telah dimeterai oleh kedua-dua pihak penjual (atau pemaju tanah/perumahan) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.

CBila Anda Sepatutnya Membayar Cukai Tanah?
Sekali setahun
Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.
Tempoh Bayaran:

Pembayaran perlu dibuat dalam tempoh 5 bulan ini untuk mengelakkan penalti.

DMengapa Anda Perlu Membayar Cukai Tanah?

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Tidak perlu menunggu makluman melalui Bil Hasil Tanah.

Tanggungjawab Pemilik:

Pembayaran cukai tanah adalah kewajipan undang-undang setiap pemilik tanah yang berdaftar.

EImplikasi Jika GAGAL Menjelaskan Cukai Tanah?

Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah.

Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut, maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil.

Tindakan Tegasan:

Pihak Berkuasa Negeri berhak mengambil tindakan merampas tanah yang tidak menjelaskan cukai tanah selepas tempoh notis tamat.

FBagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai?

Tiada lagi pengeposan bil cukai ke alamat berdaftar.

Semua bil cukai hendaklah diperolehi melalui laman sesawang etanah.selangor.gov.my bermula bulan Januari setiap tahun.

Sekiranya memerlukan bantuan pengeposan bil cukai, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Daerah/Tanah di Selangor atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Selangor.

GBilakah waktu kaunter Unit Hasil beroperasi?
Waktu Operasi Kaunter Unit Hasil
Isnin - Khamis
8.30 pagi - 3.30 petang
Jumaat
8.30 pagi - 3.30 petang
(rehat 11.45 pagi - 2.45 petang)

* Sabtu, Ahad & Cuti Umum: TUTUP

HSoalan Lazim (FAQ)

Adakah saya perlu menjelaskan cukai tanah apabila bil cukai tanah masih atas nama pemaju?

Ya. Anda perlu menjelaskan cukai tanah kerana di dalam Surat Perjanjian Jual Beli telah menyatakan di dalam klausa liabiliti bahawa sebarang bayaran hakmilik terlibat perlu dijelaskan oleh Pemilik Tanah (pembeli).

Bagaimanakah cara mengemaskini/menukar alamat surat menyurat di dalam bil cukai tanah?

Segala urusan pertukaran alamat surat menyurat, pihak tuan/puan dipohon untuk mengisi Borang 26A (Pemberitahuan Pertukaran Alamat) dengan menyertakan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Penghantaran Borang:

Hakmilik bermula dengan (HSD/PN/GRN): perlu dihantar secara hadir sendiri, atau diposkan ke alamat:
Bahagian Pendaftaran (Pertukaran Alamat)
Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor,
Tingkat Terbawah (LG), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40576 Shah Alam, Selangor.

Hakmilik bermula dengan (HSM/PM/GM): permohonan bolehlah dihantar terus kepada Pejabat Daerah/Tanah berkenaan dengan hadir terus ke kaunter Bahagian Pendaftaran Hakmilik atau berhubung dengan Pejabat Daerah/Tanah yang berkenaan.

PERINGATAN PENTING
Kaedah Pembayaran

TIDAK DITERIMA

Berkuatkuasa 1 Januari 2017, pembayaran menggunakan CEK adalah TIDAK DITERIMA untuk semua jenis urusan di Pejabat Tanah.

Tiada lagi bayaran menggunakan Wang Pos mulai 01 Oktober 2023.

Pengeposan Bil

Mulai Januari 2023 Tiada lagi pengeposan Bil Cukai Tanah/Cukai Petak.

Semakan dan bayaran boleh dibuat secara online. Layari etanah.selangor.gov.my

Pembayaran Tanpa Tunai

Urusan pembayaran secara tanpa tunai (Cashless Payment) di kaunter unit hasil hanya untuk urusan Cukai Tanah / Cukai Petak Sahaja.


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah