SOLAN LAZIM UNIT HASIL
SKIM STRATA
| No. | Soalan | Jawapan & Penjelasan |
|---|---|---|
| 1 | Apa itu Skim Strata? | Skim strata merupakan suatu projek pembangunan di mana blok-blok bangunan bertingkat dan/atau tanah dipecah bahagikan kepada: Petak-petak utama Petak aksesori Harta bersama Yang terletak di dalam satu kawasan berpagar atau "gated community". Contoh Skim Strata: Kondominium Pangsapuri Townhouse Rumah Kedai Skim Harta Tanah Strata |
| 2 | Apa itu Hakmilik Strata? | Hakmilik Strata merupakan suatu dokumen geran yang dikeluarkan untuk pemilik unit di dalam suatu skim strata. Contoh Unit Strata: Unit Pangsapuri Rumah Pangsa Kompleks Komersial Dan sebagainya Fungsi Hakmilik Strata: Dokumen ini membuktikan pemilikan individu terhadap unit tertentu dalam bangunan bertingkat atau kawasan strata. |
| 3 | Apakah hak-hak saya sebagai pemilik petak? | Pemilik petak mempunyai hak untuk: Menjalankan transaksi urusniaga dan bukan urusniaga, contohnya pindahmilik, gadaian dan sebagainya. Mengundi di dalam Mesyuarat Agong tahunan dan Mesyuarat Luar Biasa, dengan syarat bahawa segala fi pembayaran kepada Perbadanan Pengurusan telah dijelaskan. Menggunakan Harta Bersama yang disediakan. Menerima perkhidmatan utiliti seperti bekalan air, pembentungan, perparitan, bekalan elektrik, kutipan sampah dan lain-lain. Menyemak rekod-rekod kewangan Perbadanan Pengurusan. |
| 4 | Apa itu Harta Bersama? | Harta Bersama ertinya mana-mana bahagian daripada lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak (termasuk mana-mana petak aksesori) atau mana-mana blok sementara sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakukan. Contoh Harta Bersama: Lif Tangga Tempat Letak Kereta Pelawat Pondok Pegawai Keselamatan Kolam Renang Taman Rekreasi Dewan Serbaguna Nota Penting: Harta bersama dimiliki dan diselenggara bersama oleh semua pemilik petak dalam skim strata melalui Perbadanan Pengurusan (MC). |
| 5 | Apa itu Petak Aksesori? | Petak aksesori merupakan petak selain petak utama yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata (petak utama). Contoh Petak Aksesori: Tempat letak kereta khas untuk pemilik unit yang ditetapkan dalam pelan strata. Ruang stor atau bilik kebal yang diperuntukkan khusus untuk unit tertentu. Ciri-ciri Petak Aksesori: 1. Ditunjukkan dalam pelan strata yang diperakukan 2. Digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak utama 3. Tidak boleh dipindahmilik secara berasingan daripada petak utama |
| 6 | Perbezaan antara Badan Pengurusan Bersama (JMB) dengan Perbadanan Pengurusan (MC)? | Badan Pengurusan Bersama (JMB) Diwujudkan apabila: terbukanya daftar strata dan hakmilik-hakmilik strata dikeluarkan di atas nama pemaju. Struktur:
Kewangan: Pembeli wajib carum kepada Kumpulan Wang Caruman yang diuruskan oleh pemaju. Perbadanan Pengurusan (MC) Diwujudkan apabila: hakmilik strata telah dipindahmilik kepada pembeli. Struktur:
Tanggungjawab: Urus selenggara bangunan, rekod, dan Kumpulan Wang Caruman. |
| 7 | Adakah pemilik petak wajib membayar kedua-dua Cukai Taksiran dan Kumpulan Wang Caruman? | Ya. Ini adalah kerana ia merupakan fi pembayaran yang berlainan. Cukai Taksiran Definisi: Cukai yang dikenakan kepada semua pegangan/hartanah berkadar di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Dibayar kepada: Pihak Berkuasa Tempatan Tujuan: Membiayai perkhidmatan dan kemudahan awam Kumpulan Wang Caruman Definisi: Fi yang dikenakan ke atas pemilik petak untuk pengurusan skim strata. Dibayar kepada: Perbadanan Pengurusan (MC) Tujuan: Pengurusan dan penyelenggaraan bangunan/harta bersama |
| 8 | Apa itu Kumpulan Wang Caruman? | Kumpulan Wang Caruman merupakan suatu dana yang diuruskan sepenuhnya oleh Perbadanan Pengurusan (MC) bagi maksud: Menyelenggara bangunan Membayar premium insuran kebakaran Caj-caj lain yang berkenaan dengan pengurusan bangunan Kewajipan Pemilik Petak: Setiap pemilik petak adalah wajib untuk mencarum kepada Kumpulan Wang Caruman ini. |









