SOLAN LAZIM UNIT HASIL
CUKAI PETAK
| No. | Soalan | Jawapan & Penjelasan |
|---|---|---|
| Q1 | Apa itu Cukai Petak? | Cukai Petak ialah cukai yang dikenakan keatas hak milik strata bagi menggantikan cukai tanah. Konsep Cukai Petak: Apabila satu kawasan atau bangunan dipecahkan kepada unit-unit strata (petak), cukai tanah induk (Master Title) akan ditukar kepada Cukai Petak untuk setiap unit individu. Setiap pemilik petak akan membayar cukai secara berasingan berdasarkan unit masing-masing. |
| Q2 | Siapa boleh ambil Bil Cukai Petak? | JMB/MC atau Individu boleh mendapatkan cukai petak di: Lokasi Pengambilan Bil
Dokumen Diperlukan: Mesti membawa salinan hak milik strata atau nombor hak milik strata yang lengkap. |
| Q3 | Siapa perlu bayar bil Cukai Petak? | Belum Keluarkan Hak Milik Strata Masih tertakluk kepada cukai tanah (Master Title) yang dikutip oleh JMB/MC. Pemaju masih memegang hak milik induk. Telah Keluarkan Hak Milik Strata Cukai petak perlu dibayar oleh setiap pemilik petak secara individu. Pemilik bertanggungjawab ke atas unit masing-masing. Nota Penting: Sila rujuk JMB/MC untuk maklumat lanjut mengenai status hak milik dan tanggungjawab pembayaran. |
| Q4 | Dimanakah bayaran Cukai Petak boleh dibuat? | Bayaran boleh dibuat di mana-mana kaunter hasil: Pejabat Daerah/Tanah Semua Pejabat Daerah/Tanah di Selangor Mengikut lokasi hartanah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40576 Shah Alam, Selangor Pembayaran Online: Bayaran juga boleh dibuat melalui etanah.selangor.gov.my mulai Januari 2023. |
| Q5 | Cukai Tanah 2018 telah dibayar, adakah masih perlu bayar Cukai Petak 2018? | Ya. Wajib bayar cukai petak 2018. Mekanisme Pelarasan: Cukai tanah 2018 yang telah dibayar akan dibuat pelarasan pada tahun 2019. Ini bermakna bayaran cukai tanah 2018 akan diambil kira dan dipotong daripada jumlah cukai petak yang perlu dibayar pada tahun berikutnya. |
| Q6 | Urusniaga 2018 (Pindahmilik)? | Rujuk kepada Arahan PTGS Bil.1/2018: "Pendaftaran Urusniaga Ke Atas Hakmilik Untuk Skim Pembangunan Berstrata Bagi Tempoh Peralihan Sebelum Pelaksanaan Cukai Petak Hakmilik Strata." Syarat Urusniaga: Perlu bayar Cukai Petak semasa sebelum sebarang urusniaga dijalankan. Tunggakan Cukai Tanah 2017: Sekiranya terdapat tunggakan Cukai Tanah pada tahun 2017, ia akan dimasukkan ke dalam Cukai Petak semasa. Tunggakan mesti dijelaskan sebelum urusniaga boleh diproses. |
TIDAK DITERIMA
Berkuatkuasa 1 Januari 2017, pembayaran menggunakan CEK adalah TIDAK DITERIMA untuk semua jenis urusan di Pejabat Tanah.
TIDAK DITERIMA
Tiada lagi bayaran menggunakan Wang Pos mulai 01 Oktober 2023.
PERUBAHAN SISTEM
Mulai Januari 2023 Tiada lagi pengeposan Bil Cukai Tanah/Cukai Petak. Semakan dan bayaran boleh dibuat secara online. Layari etanah.selangor.gov.my
KAEDAH BAYARAN
Urusan pembayaran secara tanpa tunai (Cashless Payment) di kaunter unit hasil hanya untuk urusan Cukai Tanah / Cukai Petak Sahaja.









