tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Mukim Damansara : Kampung Baru Hicom


                       Kampung ini asalnya merupakan kawasan estet getah dan kelapa sawit. Apabila pihak HICOM mengambil alih kawasan ini dan kawasan sekitarnya iaitu kira-kira 25,000 hektar,maka pengambilalihan ini melibatkan kawasan yang dimiliki oleh empat buah estet yang besar. Kawasan ini dikenali sebagai HICOM Valley. Kampung Baru HICOM juga terlibat sama dalam projek pembangunan di kawasan ini. Pada awalnya,kampung ini dikenali sebagi Labuhan Dagang kerana ia merupakan tempat pedagang berlabuh satu ketika dulu. Dengan pengambilalihan kawasan oleh HICOM ini maka kampung ini telah diberi nama Kampung Bru HICOM. Peneroka awal kampung ini bermula sekitar tahun 1973 sehingga tahun 1980-an di mana status tanah ini ialah  tanah TOL. Keluasan kampung ini hanya 12 ekar sahaja. Di peringkat awal hanya terdapat sekitar 30 keluarga sahaja yang mendiami kampung ini. Kebanyakan mereka merupakan pekerja-pekerja industri di kawasan kilang yang banyak terdapat di sekitar kampung ini. 

                        Pada masa lalu, kawasan kampung ini merupakan kawsan berpaya dan sering ditenggelami banjir. Terdapat dua buah sungai utama yang mengalir berhampiran kampung ini iaitu Sungai Klang dan sungai kecil iaitu Sungai Damansara. Bagi penduduk yang mendiami kampung ini sebelum tahun 2000, mereka sering menghadapi masalah banjir dan terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membaik pulih rumah dan kerosakan yang berlaku di kampung ini. Memandangkan keadaan banjir yang sering melanda kampung ini maka pihak kerajaan telah berusaha mengatasi banjir ini dengan membina kunci air di kawasan sungai berhampiran kampung ini.

                         Pada tahun 1995, banjir besar melanda kampung Baru Kampung HICOM. Sesetengah penduduk mengatakan bahawa air naik sehingga ketinggian 2 kaki iaitu paras tinggi yang mencapai tingkap rumah penduduk kampung ketika itu. Penduduk terpaksa berpindah ke balai raya yang kosong dan tinggal di situ selama tiga hingga empat hari. Pada tahun 2000,kerajaan telah mengambil langkah membina benteng penahan banjir di kawasan ini. Selain itu kerajaan juga turut membaik pulih jalan raya yang sedia ada dengan meninggikan jalan raya tersebut sebanyak 3 kaki. Penduduk kawasan ini juga mengambil langkah berjaga-jaga dengan menambak tanah supaya kawasan ini menjadi tinggi dan tidak berpaya.

                         Menurut banci penduduk terkini, jumlah penduduk kampung ini ialah 1,708 orang. setelah menduduki kawasan ini selama lebih 30 tahun,penduduk Kampung Baru HICOM telah berjaya mendapat geran tanah masing-masing pada tahun 2000-2002. Pengiktirafan oleh pihak kerajaan ini disusuli pula dengan peruntukan untuk membaik pulih kemudahan asas yang diperlukan kampung ini. Pihak kerajaan telah mengeluarkan belanja untuk membina jalan raya yang lebih baik ke kampung ini serta prasarana asas seperti kemudahan air,api,balai raya,padang permainan,surau dan sekolah agama rendah.

                         Peneroka asak di kawasan ini dipanggil ketua peneroka kerana ketika itu masih tiada gelaran Ketua Kampung. Kebanyakan daripada generasi peneroka awal ini sudah meninggal dunia. Ketua Peneroka dan ketua Kampung yang banyak berjasa kepada kampung ini adalah :
                          i) Encik Misdi (Ketua Peneroka - 1973)
                         ii) Encik Ali Sabri (Ketua Kampung pertama -1985 hingga 1996)
                        iii) Tuan Haji Zakaria Bin Jaafar (1996 hingga 2000) 
                        iv) Encik Ahmad Khusairi (2006 hingga kini)
 


Kemaskini pada 2016-05-18 10:57:55 daripada PPTM_ICT

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini720
Minggu IniMinggu Ini2858
Bulan LepasBulan Lepas27118
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2246544
qrcode
Visitor count : 2246545 Tarikh Kemaskini : 24 - 04 - 24