tw

fb

RSS icon

w3c
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
new_pdtp.jpg
blue-background-vpi1.jpg
blue-mac-apple-flower-background2.jpg
Forest1.jpg

           Jata Selangor | Brands of the World™ | Download vector logos and logotypesSELAMAT DATANG [ x TUTUP]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH DAN TANAH PETALING


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN 

KLIK/SCAN

qrcode


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN

qrcode aduan

faq
Soalan
Lazim
telefon
Hubungi
Kami
aduan
Aduan Dan Maklum Balas
peta
Peta
Laman

Solat hajat demi keselamatan misi Food Flotilla for Myanmar

image

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SHAH ALAM, 25 JAN: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyeru seluruh pihak Jakim dan seluruh Jabatan Agama Islam negeri-negeri mengeluarkan arahan kepada seluruh masjid dan surau agar melaksanakan solat dan bacaan Yasin untuk mendoakan untuk misi Food Flotilla for Myanmar pada 2 Februari ini.

 

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, Solat hajat dari seluruh umat Islam di Malaysia pada malam itu adalah kesinambungan dari khutbah dan solat hajat untuk solidariti bersama Rohingya yang dilancar sebelum ini.


 
Katanya, inisiatif ini merupakan suatu usaha untuk menunjukkan kepada seluruh warga antarabangsa bahawa Malaysia mampu memimpin komuniti dunia untuk bertindak membela kumpulan yang tertindas.

 

“Dijangka misi yang mengambil masa 15-18 hari ini akan menguji ketahanan fizikal dan mental sekitar 240 para aktivis dalam dan luar negara. Flotilla tersebut akan meredah lautan Andaman dan Teluk Benggal.

 

“Pelayaran mencabar ini juga berdepan dengan segala kemungkinan seperti perubahan cuaca, gelombang laut, syarat pihak Myanmar membenarkan Flotilla masuk ke dalam pengairannya, kerja memunggah dan mengedar bantuan dari kapal ke kem IDP, karenah pihak militari serta perjalanan yang jauh pergi dan balik,” katanya dalam kenyataan.

 

Azmi berkata, misi telah muktamad bertolak dari Pelabuhan Klang pada 3 Februari selepas solat Jumaat.

 

“Setakat ini semua delegasi menunjukkan semangat untuk menjayakan Flotilla ini dan persiapan tahap terakhir sedang berjalan.

 

“Kami merasakan adalah penting seluruh rakyat di negara ini mengambil keprihatinan untuk mendoakan agar misi ini selamat dan berjaya mencapai matlamatnya,” katanya.

 

Difahamkan, lebih 240 delegasi yang mewakili sekitar 40 NGO dari dalam dan luar negara untuk melaksanakan kerja mengedar, merawat, mendirikan khemah, memasak dan melihat keperluan kanak-kanak dan wanita di kem pelarian Rohingya.

 

Ia bagi membantu kepada tidak kurang dari 70,000 orang di Teknaf, Bangladesh dan hampir 150,000 orang di Sittwe, Myanmar.

 

Sumber : https://selangorkini.my


Kemaskini pada 2017-02-02 09:40:38 daripada FARAH

  •  
  • Print
  • Email this page

footer

 

KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN DAERAH PETALING
NO 1, PERSIARAN ATMOSFERA SEKSYEN U5,
40150 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Telefon: 03-7841 9400 | E-mel: petaling@selangor.gov.my
::Hakcipta ©2013 Pejabat Daerah Tanah Petaling::

Hari IniHari Ini42
Minggu IniMinggu Ini3612
Bulan LepasBulan Lepas22410
Jumlah PelawatJumlah Pelawat2230738
qrcode
Visitor count : 2230739 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 24